Nak honeymoon kat hotel tepi pantai – sebab bunyi ombak, view laut buat semuanya lebih romantik?
Bagus idea itu. Dan kami rasa kami boleh bantu.
Ini senarai hotel-hotel paling best untuk honeymoon tepi pantai yang best untuk you.
Hotel Honeymoon Tepi Pantai Paling Best
Desaru, Johor
Ini antara 100 lokasi terhebat di dunia. Kawasannya bukan saja ada pantai, tapi hotel antarabangsa dan taman tema air untuk dilayan berdua.
Anantara Desaru

Harga : RM 1300 ++
Nak bulan madu atau anniversary mewah, tapi masih nak makan lauk Melayu macam laksa?
No worries. Desaru ada resort Anantara.
Suasana resort ini macam kat Thailand sana. Dan bila senja, boleh enjoy view romantik dari dek tinjau atau bilik saja.
Servis? Ini antara resort Malaysia yang layanannya kelas pertama.
Tips : Sebelahnya ada taman air Adventure Waterpark Desaru. Ia ada rollercoaster air.
One & Only Desaru




Harga : RM 2700 ++
Ini satu lagi penginapan mewah lagi eksklusif. Dan ia satu-satunya resort One & Only di Malaysia.
Ia kat tepi pantai. Tapi kelilingnya hutan. Anda juga dapat private pool dalam setiap villa penginapan.
Ia aman, ia mewah. Memang resort taraf dunia untuk bulan madu yang terindah.
Tips : Chenot Spa pertama di Asia ada di resort ini.
Kuala Terengganu
Untuk anda yang mahu honeymoon dalam kawasan yang beridentiti Melayu, resort tepi pantai yang best ada di Kuala Terengganu.
Tanjung Jara




Harga : RM 790 ++
Ini resort yang aman dan cantik.
Ia gaya istana lama Melayu, dan semua bilik menghadap pemandangan pantai peribadi yang membiru.
Cuma kena plan bila nak pergi. November ke Januari selalunya waktu monsoon. Kurang sesuai cuti kat sini.
Feringghi, Penang
Bagi honeymoon kat resort tepi pantai Penang, di bawah ini hotel-hotel pilihan kami.
Lone Pine




Harga : RM 430 ++
Ini hotel butik mewah yang menghadap pantai Batu Ferringhi. Jadi anda boleh dengar bunyi ombak sepanjang hari.
Ia gaya resort overseas. Jadi extra istimewa untuk anda dan buah hati.
Macam sesetengah bilik, ada tub mandi kat balkoni. Dapat view, dapat angin laut bila berendam nanti.
Shangri la Rasa Sayang




Harga : RM 590 ++
Resort tepi pantai Ferringhi ini hijau dan aman. Boleh rasa bulan madu dalam suasana taman.
Hotel anda pun di tepi pantai. Senang nak layan ombak atau bersantai.
Bilik klasik. Sesuailah untuk cuti dengan buah hati dalam suasana romantik.
Hard Rock Penang




Harga : RM 390 ++
Bilik di Hard Rock Penang ini cozy. Siap dengan TV besar dan musik di sana sini.
Ada bilik yang boleh terjun ke pool beberapa tapak dari katil. Kalau tak suka kolam, pantai Batu Ferringhi pun ada di tepi.
Untuk honeymoon pengantin muda, ini antara hotel kesukaan mereka.
Tips : Area Feringghi ada tarikan macam Escape, Entopia dan Spice Garden.
Port Dickson
Bagi orang KL yang tak mahu cuti jauh, pantai Port Dickson, Negeri Sembilan pun ada hotel best untuk bulan madu atau anniversary.
Lexis Hibiscus Port Dickson




Harga : RM 900 ++
Ini penginapan atas air berbentuk bunga raya yang viral kat media social Malaysia.
Nak mandi, villa anda tersedia kolam renang peribadi dan sauna sendiri.
Ya kak. Ini antara lokasi bulan madu terbaik di Port Dickson yang ada.
Tips : Antara semua villa, pool di Premium Villa (Sea View) menghadap laut semata-mata. Extra privacy untuk berdua.
Kuching Sarawak
Kuching kurang popular, tapi tak bermakna ia tiada penginapan bulan madu yang bermutu untuk cuti you.
Cove 55




Harga : RM 550 ++
Hotel butik kecil ini ada view Gunung Santubong dan laut kat tepi. Jadi sesuai sangat untuk orang bandar yang nak lari dari view bangunan tinggi.
Bilik anda moden dan selesa. Sesuai untuk spend masa berjam-jam berdua.
Kalau nak berenang dan berendam, pool infinitinya cukup untuk itu.
Kota Kinabalu, Sabah
View sunset Kota Kinabalu antara sebab ia best untuk bulan madu. Ini hotel pilihan kami untuk cuti pertama selepas perkahwinan anda berdua.
Shangri la Tanjung Aru




Harga : RM 350 ++
Bab pemandangan romantik senja, Shangri la Tanjung Aru memang nombor satu.
Pantai kat sini kecil. Tapi ada jeti di tepinya. Jadi senang untuk island hopping ke pulau berdekatan sama-sama.
Bilik anda selesa, lokasi pun dekat bandaraya. Boleh pilih nak rehat di resort atau explore tarikan dengan kereta.
Shangri la Rasa Ria




Harga : RM 390 ++
Hotel ini pantainya besar dan landai. Boleh ronda lama-lama atau bersantai.
Biliknya luas dan selesa. Pemandangan dari bilik pun menenangkan jiwa.
Rajin jungle trekking? Tempah trip ke lookout. Boleh sarapan dengan view pagi yang sukar nak dibanding.
Tips : Hotel ini 1 jam dari airport.
Cherating Pahang
Ini kawasan pantai Pahang yang sesuai kalau anda mahu berehat layan ombak dan rasa suasana pantai yang aman dari orang ramai.
Club Med Cherating




Harga : RM 1600 ++
Ini Club Med pertama dalam Asia. Sesuai untuk couple honeymoon dan nak beraktiviti sekali dalam penginapannya.
Anda berdua boleh berkayak, berbasikal, jungle trekking atau belayar.
Bilik anda ringkas saja tatahiasnya, tapi cukup untuk pasangan yang cergas yang nak beraktiviti masa cuti.
The Kasturi




Harga : RM 1200 ++
Hotel butik ini kecil dan tersorok, jadi anda berdua ada banyak privacy.
Bilik anda luas, dan pantai peribadi dalam jarak jalan kaki.
Nak extra romantik? Ambil Beach Front Villa. Bukan saja ada tub mandi, tapi kolam renang sendiri dengan pemandangan laut South China Sea.
Okay, kat sini saja buat masa ini senarai hotel tepi pantai yang best untuk anda berbulan madu nanti.
Kalau anda tertanya-tanya, mana hotel kat Langkawi, don’t worry.
Hotel honeymoon sana kami letak kat hotel honeymoon kat pulau di sini.
Anyway, ada hotel tepi pantai kat atas yang anda jatuh hati?
Sumber: www.jomjalan.com.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.