26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari 1 Malam

Jika sebut tentang percutian di Selangor pasti ramai yang mengimpikan lokasi-lokasi menarik yang di pinggir-pinggir bandarnya yang masih mempunyai suasana kedesaan serta menggamit ketenangan jiwa.

Salah satu lokasi menarik yang semakin mendapat perhatian pelancong adalah Kuala Selangor.

Ini kerana selain panorama sawah padi yang menghijau, Kuala Selangor juga menghimpunkan banyak lagi hidden gem lain yang wajib dilawati anda semua.

12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

Berikut dikongsikan panduan perjalanan selama 2 hari 1 malam jika anda bercuti ke Kuala Selangor bersama keluarga atau sahabat handai. 

1. HUSIN FAUZI FARM 

Terletak di tengah-tengah Kuala Selangor, Husin Fauzi Farm merupakan ladang yang mempunyai 40 jenis haiwan dan menawarkan pelbagai aktiviti untuk anda sekeluarga.

Selain tarikan haiwan, ia juga menawarkan sukan memanah sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

1673866944 134 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

2. TAMAN ALAM KUALA SELANGOR 

Ia merupakan rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna termasuk spesies burung dan rama-rama yang jarang ditemui.

Terdapat sebanyak 156 spesies burung di sini di mana 57 daripadanya merupakan burung migrasi yang berhijrah dari Siberia dan Rusia.

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, pengunjung boleh berjalan santai di sepanjang laluan dan menikmati suasana yang tenang.

1673866944 884 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

3. KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN 

Tarikan popular ini wajib dikunjungi bagi mereka yang berminat untuk melihat kelip-kelip yang berhabitat di paya bakau Kuala Selangor.

Bermula dari pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam setiap hari, pengunjung boleh menaiki bot sepanjang paya dan saksikan kerlipan cahaya yang indah daripada kelip-kelip!

1673866944 509 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

4. LALUAN SENI PEKAN LAMA 

Laluan ini dipenuhi dengan 15 jenis seni mural berasaskan warisan di dinding bangunan lama, dan lengkap dengan batu bata yang berwarna-warni sebagai tapak pejalan kaki.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat mural yang unik dan indah di laluan ini. Malah, ia juga sangat sesuai untuk gambar Instagram dan OOTD anda!

1673866945 656 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

5. MASJID RAJA LUMU

Ia merupakan sebuah lagi mercu tanda di Kuala Selangor yang dibina di atas tapak bekas Masjid Lama Kuala Selangor. Masjid ini telah dirasmikan sebagai Masjid Diraja ke-9 di Selangor.

Masjid ini terletak berhampiran dengan Kelip-Kelip Kg Kuantan dan Bukit Melawati yang menjadikannya tambahan sesuai pada jadual pelancongan anda!

1673866945 397 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

6. SASARAN ART BEACH 

Sasaran Art Beach merupakan sebuah galeri yang terletak di perkampungan nelayan di Kuala Selangor bernama Kampung Sasaran.

Galeri ini menyatukan komuniti seni tempatan melalui pelbagai pameran seni dan bengkel.

1673866945 398 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

7. KINNAREE THAI RESTAURANT

Restoran pork-free ini menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk pilihan kegemaran Thai tradisional dan vegetarian.

Restoran ini juga mempunyai akuarium untuk menyimpan ikan segar yang ditangkap!

1673866946 775 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

8. WARUNG IBU NASI AMBENG 

Jika anda terigin untuk menikmati keaslian Nasi Ambeng, anda boleh dapatkan di Warung Ibu Nasi Ambeng.

Warung ini terkenal dengan sajian nasi ambeng, iaitu masakan Jawa tradisional.

1673866946 185 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

9. TK COCONUT FARM VILLE 

Terletak di Tanjung Karang, ladang yang berkonsepkan food court ini menawarkan pelbagai makanan berasaskan kelapa seperti coconut shake, jeli kelapa, dan ais krim kelapa.

Ladang ini adalah tempat yang sesuai bagi anda untuk berehat dan makan selepas mengunjungi tarikan pelancongan Kuala Selangor.

1673866947 427 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

10. WARUNG KETUPAT KAMPUNG PERMATANG 

Warung ini adalah tempat sarapan yang menarik serta menyajikan hidangan tradisional Melayu yang lazat iaitu ketupat.

Mereka juga menyajikan hidangan popular tempatan yang disukai ramai, iaitu Sate! Warung ini akan mengingatkan anda kepada pagi Aidilfitri!

1673866947 693 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

11. AUNTIE FOO CAFE 

Dengan menu kopitiam pork-free yang klasik seperti roti bakar kaya, sandwich telur dan kopi, Auntie Foo Café ialah satu lagi port sarapan yang menarik di daerah ini.

Selain itu, kafe ini juga menjual pelbagai cenderamata dari Kuala Selangor.

1673866947 584 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

12. HOTEL LE SHORE 

Dengan hanya 15-minit perjalanan ke Sky Mirror, Hotel Le Shore terletak di jeti memancing yang berusia seratus tahun di Sungai Selangor.

Nikmati pemandangan matahari terbenam yang indah saat anda tidur di bilik-bilik hotel yang dihias moden.

1673866948 957 12 Lokasi Menarik Di Kuala Selangor Untuk Percutian 2 Hari

Sumber: Tourism Selangor

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI