26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

13 Petua Hilangkan Mabuk Kenderaan – Tips Mengatasinya Cuti Nanti


Terasa isi perut nak keluar bila naik bas atau bot?

Ramai yang rasa mabuk begitu kalau naik bot atau bas yang berayun ke kiri kanan berjam-jam lamanya.

Ini tips supaya tahan dari muntah masa dalam kenderaan nanti.

Pilih Seat Yg Betul

tengok luar train @arsyad hafiy
Kredit : arsyad_hafiy

Kalau anda naik bas, pilih tempat duduk tepi tingkap.

Ambil baris seat depan.

Untuk bot atau feri, duduk di kawasan tengah. Kalau bertingkat, ambil yang di atas.

atas feri

Bagi cruise, ambil kabin di kawasan tengah.

Bila naik train, ambil tempat duduk yang menghadap ke arah train bergerak, bukan bertentangan.

Bagi flight pula, di kawasan sayap.

flight wing

Naik kereta? Jadi penumpang tepi driver.

Seat ini kurang buat mabuk kereta dibandingkan yang di belakang sana.

Ini semua lokasi dalam kenderaan yang kurang berhayun dan nampak view luar. Dua faktor ini buat kurang rasa nak muntah.

Beli Gula Gula Herba

gula gula herba

Antara gula gula herba yang boleh anda cuba termasuk yang ada halia, lemon atau licorice. Chewing gum pun berguna.

Kalau petua orang dulu, limau sentiasa dibeli sebelum trip yang jauh.

Sebab kulitnya boleh dihidu untuk kurangkan loya . Ada juga yang gunakan bunga cengkih untuk digigit semasa dalam kenderaan.

Lapik Perut

Sebelum trip, makan dulu. Tapi sekadar lapik perut sahaja.

Jangan ambil minuman yang bersusu macam Milo atau Nescafe. Air bergas pun jangan.

Makanan pedas elakkan. Dan air yang paling selamat ialah air mineral.

Ambil Ubat Mabuk Kenderaan

motion sickness patch

Ini cara paling mudah. Beli ubat mabuk perjalanan/ motion sickness di farmasi.

Ada jenis pil. Ada juga jenis patch (Scopolamine) yang letak di belakang telinga saja.

Apapun, sila tanya doktor anda kalau anda nak ia diambil oleh anak-anak kecil anda.

Pil tahan muntah atau mabuk kenderaan ini biasanya perlu dimakan sekitar 1 jam sebelum bermulanya perjalanan anda.

Pilih Waktu Bertolak

trip pagi

Kalau anda takut anak kecil anda yang muntah, pilih waktu bertolak di waktu mereka lazimnya tidur. 

Loya nak muntah selalunya terjadi bila anda dan anak dalam keadaan jaga.

Wangian Ala Kadar

Anda mungkin rasa seksi bila wangi.

Tapi tak perlu sembur banyak sebab orang lain yang dalam kenderaan yang sama mungkin tak tahan dengan baunya.

Jadi semburlah sedikit sahaja. Bukan apa, kalau mereka muntah, secara automatik, anda pun terasa nak berjemaah keluarkan isi perut juga.

Ambil Alih Steering

driving and driver

Kalau anda boleh memandu, dan anda loya masa duduk sebagai penumpang, ini masanya untuk anda ambil alih dan jadi pemandu.

Kalau anda duduk di belakang, tukar lokasi. Minta untuk duduk di depan.

Jangan Membaca atau Main Phone

roadtrip

Dalam kenderaan, mata kena selalu tengok ke horizon luar.

Lihat luar tingkap, ke arah horizon sejauh mungkin, ataupun benda yang tak bergerak ( macam puncak gunung).

Kalau memang anda senang muntah, membaca buku atau layan phone akan buat loya lebih cepat dari yang anda sangka.

Buka Tingkap

ambil angin

Kalau bukan masalah, Buka tingkap kenderaan anda. 

Angin luar yang lebih segar boleh kurangkan rasa mual. Bau kenderaan dan apa bau lain yang menyebabkan mabuk akan kurang walaupun sementara.

Berhenti Sekejap

Bila kenderaan berhenti bergerak, rasa mabuk kenderaan selalu berkurang. 

Cuma masa yang diambil untuk mual hilang berbeza untuk setiap individu.

Tidur Saja

tidur ets @hfdhnfh
Kredit : hfdhnfh

Kalau tak mampu buat banyak sebab anda dalam bas atau feri, cara terbaik untuk kurang motion sickness loya ialah tidur.

Tapi plan awal untuk itu. Neck pillow yang selesa jangan lupa.

Dengar Lagu

dengar lagu dalam bas

Kalau anda naik bas, guna Spotify dan download lagu atau podcast sebelum perjalanan anda.

Melayan lagu dan celoteh akan membantu mengalih perhatian otak. Kalau tak, ia hanya tertumpu kepada rasa loya.

Jangan lupa guna bawa earphone supaya tak mengacau orang lain pula.

Tekan Neiguan

titik picit mabuk kenderaan
Kredit : amarilis_estetica

Ini tips terakhir.

Kalau ikut petua motion sickeness Cina, ada satu titik acupuncture yang berguna.

Namanya Neiguan.

Boleh dipicit untuk kurang kan rasa loya. Picit dan picit sehingga rasa mual berkurang.

Apapun tips yang anda nak guna, standby juga plastik untuk muntah.

Lagi-lagi kalau nak lalu laluan berliku macam lebuhraya Timur Barat atau naik turun Cameron dan Genting.

Kalau anda sedang mengandung, sudah berumur atau ada membawa anak yang umur mereka 5 hingga 12, peluang untuk rasa motion sickness dan termuntah disebabkan kenderaan yang berayun-ayun lebih besar. 

Jadi, bersedia sebelum trip bermula.

Kami harap tips dan petua mengatasi mabuk kenderaan kat atas boleh bantu anda untuk trip akan datang nanti.

Moga moga trip jauh jadi memori manis, dan bukan jadi mimpi ngeri.

Selamat mencuba!





Sumber: www.jomjalan.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI