24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

15 Adab Mak Ayah Yang Anak-Anak Akan Cepat Tiru, Jangan Tunjuk Pelik-Pelik!


Ternyata, hendak membesarkan anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah. Tambah pula jika mempunyai anak yang ramai, orang kata mungkin ibu bapa akan terlepas pandang dalam beberapa perkara dalam mendidik anak-anak tersebut. Namun, sedar atau tidak segala tingkah laku anak-anak khususnya berkaitan adab adalah acuan dari mak ayah itu sendiri.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam menunjukkan tingkah laku kepada anak-anak kerana ini merupakan 15 adab mak ayah yang anak-anak akan cepat tiru. Jangan tunjuk benda pelik-pelik tau!

Sumber: Tak Ada Selera & Mulut Penuh Bisa Air, Ini 4 Jenis Makanan Untuk Anak Terkena HFMD

15 adab kita yang anak akan cepat tiru

15 Adab Mak Ayah Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru Jangan

1. Panggil orang

Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2.Bercakap

Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3. Mengarah

Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

1654149712 62 15 Adab Mak Ayah Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru Jangan

4. Sebut tolong

Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5. Ketika makan

Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6. Marah orang

Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

1654149712 123 15 Adab Mak Ayah Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru Jangan

7. Hormat orang tua

Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8. Sabar

Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9.Mulut laser

Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

1654149713 24 15 Adab Mak Ayah Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru Jangan

10. Senyum

Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11.Ucap terima kasih

Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12.Meminta maaf

Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

1654149714 559 15 Adab Mak Ayah Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru Jangan

13.Mendengar

Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14.Toleh

Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15.Mengamuk

Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab. Wallahu A’lam,

Kredit: Mohd Fhais Salim







Sumber: siraplimau.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI