Siapa kata honeymoon tengah bandaraya tak romantik?
Ini hotel-hotel untuk bulan madu dalam kawasan town Malaysia yang power untuk anda berdua.
Jom tengok hotel-hotelnya.
Hotel Paling Best Utk Honeymoon di Malaysia (Dalam Bandar)
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ada hotel-hotel mewah dan romantik, dan juga mall yang best-best. Sesuai sangatlah untuk berbelanja sambil honeymoon sama-sama.
Majestic KL

Harga : RM 490 ++
Nak bernostalgia sambil diulit mewah zaman kolonial? Majestic KL hotel honeymoon untuk anda.
Kat sini, boleh manjakan diri. Majestic Spa ada untuk isteri. Ada juga Truefitt & Hill – antara hairdresser paling terkemuka kat dunia untuk suami.
Rasa nak tambah romantik? Minum petang kat bilik Orchid.
W Hotel




Harga : RM 590 ++
W hotel ini ceria dan penuh glamor.
Untuk orang muda yang berbulan madu kat KL, hotel ini memang bawa vibe gembira. Rasa fresh sentiasa.
Nak bergambar pun senang. Banyak spot untuk share dengan followers.
EQ KL




Harga : RM 550 ++
Bilik cantik, view luas, dan semua ada tab mandi – memang cun cuti sini.
Hotel ini classy. Dari bilik sampai sarapan pagi.
Bila nak balik anda mungkin berkata sendiri, kalaulah ada cuti, memang nak lajak sehari dua lagi.
Tips : Restoran Sabayon dalam hotel ini ada view cantik untuk dinner romantik. Tapi status halalnya kami tak pasti.
Grand Hyatt




Harga : RM 690++
Nak hotel view romantik masa honeymoon? Hotel Grand Hyatt KL ini jawapannya.
Dari bilik sampai ke sarapan, view memang power sentiasa. Tambah pula makanannya antara terbaik di ibukota.
Nak tambah romantik? Ambil suite dengan bathtub. Dapat berendam dengan view yang sukar nak lupa.
Villa Samadhi




Harga : RM 890++
Hotel romantik ini rasa macam escape ke Bali.
Bilik kayu, pool tengah hotel dan kawasannya yang tersorok buat ia macam kat pulau.
Tambah bagus lagi untuk isteri, nak shopping kat KLCC easy peasy. Drive 5 minit saja dari sini.
Mandarin Oriental KLCC




Harga : RM 590++
Mewah dan classy.
Ini hotel untuk anda dilayan mesra dari mula jejak kaki sampai masa makan pagi.
Bila nak berbelanja, mall Suria KLCC cuma beberapa tapak saja dari pintu masuknya.
Tips : Restoran Mandarin Grill kat sini halal dan romantik. Best untuk layan grill dan steak.
Ritz Carlton




Harga : RM 550 ++
Dengan tiang roman dan marmar di dalam hotel, ia memang mewah macam hotel kat Eropah.
Bilik pun klasik dan cantik.
Untuk shopping dan cuci mata, shopping mall area Bukit Bintang pun dekat saja.
Info: Presiden Amerika, Barack Obama menginap kat sini masa datang ke Malaysia.
Hotel Kloe




Harga : RM 320 ++
You berdua muda dan suka benda-benda hipster? Try hotel Chloe kat tengah ibukota.
Bilik anda artistik. Jadi nak bergambar pun cantik.
Dengan bilik suasana berbeza, mana tau ada idea business idea bersama yang tercetus masa di pangkuan si dia.
Ipoh
Bandaraya hipster ini ada hotel di kawasan dalam townnya yang sesuai untuk dibuat honeymoon.
The Banjaran




Harga : RM 2100 ++
Resort Ipoh ini hotel 5 bintang untuk honeymoon dalam bandaraya Ipoh.
Tempat makan, ruang spa dan kawasan hotel luar biasa. Ada yang dibuat dalam gua. Dan kawasan resort memang aman, dengan suasana hutan.
Sesuai untuk yang nak habiskan masa di bilik, dan cuma sesekala ke pekan.
Melaka
Untuk yang nak layan bandaraya Melaka masa bulan madu, kawasan bandaraya nya ada beberapa hotel yang sesuai untuk itu.
The Majestic Melaka




Harga : RM 600 ++
Ini bungalow lama yang ditukar menjadi hotel klasik.
Kami suka hotel ini sebab ia gaya nyonya Melaka. Dan ia ada sajian Serani, sesuatu yang amat jarang ada di negara ini.
Instagram friendly? Yang itu, sudah pasti.
Casa Del Rio




Harga : RM 590 ++
Hotel tepi sungai Melaka ini ada gaya cuti kat Sepanyol.
Bilik anda luas. Pemandangan dari bilik yang menghadap sungai Melaka pun romantik.
Bila nak tengok tarikan bandar Melaka, jalan kaki pun boleh cik adik.
Rosa Melaka




Harga : RM 190 ++
Buat yang nak holiday macam kat New York, boleh datang bulan madu kat Rosa Melaka.
Dengan dinding bata merah dan bilik hipster, kalau bergambar, macam holiday kat luar negara.
Harga? Sesuai dengan bajet mempelai muda.
Selangor
Kalau anda orang Selangor dan tak berkesempatan nak bulan madu jauh, ini hotel yang kami sarankan untuk holiday pertama suami isteri.
Sunway Resort




Harga : RM 590++
Nak honeymoon mewah yang senang shopping dan sebelah taman tema? Ini hotelnya.
Honeymoon kat sini bakal penuh aktiviti – dari masuk ke taman tema dan berbelanja kat Sunway Pyramid satu hari.
Biliknya? Klasik tapi mewah – sesuai sangatlah untuk honeymoon bila duit bukan masalah.
Ami Suite




Harga : RM 230 ++
Sesuai untuk anniversary, Ami Suites ini ada bilik gaya Perancis untuk feel bercuti kat luar negeri.
Dalam bilik, dan kawasan hotel memang banyak spot bergambar untuk memori.
Terasa nak berbelanja? Mall Publika cuma 5 minit berkereta.
Putrajaya
Nak sambut bulan madu masa Floria atau masa Festival Belon Panas kat Putrajaya? Ini hotel-hotel romantik yang bagus yang ada.
Le Meridien Putrajaya




Harga : RM 430++
Hotel moden ini bersambung dengan IOI City Mall — mall terbesar di Malaysia. Jadi shopping masa honeymoon senang saja.
Bilik anda moden dan cosy. Kebanyakannya ada bath tub sekali.
Untuk jamu selera, restoran Le Mei nya ada hidangan Cina halal untuk santapan anda berdua.
Kota Kinabalu
Berikut pula hotel di bandaraya Kota Kinabalu yang romantik untuk cuti honeymoon dengan si dia.
Shangri la Tanjung Aru




Harga : RM 380 ++
Ini antara hotel paling romantik untuk layan matahari terbenam di Tanjung Rhu.
Kebanyakan bilik ada tab mandi. Nak tambah romantik, ambil bilik seaview. Ia ada veranda untuk layan pemandangan laut bila-bila you berdua mahu.
Nak snorkeling layan pulau? Senang saja. Ada bot ke sana dari jeti tepi resort anda.
Penang
Bagi anda yang nak teroka Penang dan layan makanannya, berikut adalah hotel-hotel best untuk honeymoon di bandaraya Georgetown.
The Prestige




Harga : RM 370 ++
Kena dengan nama, hotel The Prestige ini buat anda rasa macam taikun balak Malaysia.
Hotel ini minimalis. Tapi warna emasnya buat bilik anda rasa mewah habis.
Bilik air pun berdinding kaca – nakal-nakal design nya. Sesuai sangat untuk honeymoon orang muda.
Macalister Mansion




Harga : RM 790 ++
Ini antara hotel honeymoon kat Penang yang rasa macam kat mansion England.
Bilik anda moden dan artistik. Lengkap juga dengan bilik air luas dan cantik.
Untuk memori cuti, hotel ini memang banyak spot baik untuk upload ke IG.
88 Armenian




Harga : RM 690 ++
Hotel butik ini kecil tapi extra selesa dan tasteful hiasannya.
Sesuai untuk mereka yang classy. Atau nak diulit prestij masa honeymoon kat Penang nanti.
Toiletries mewah anda dari Aesop, TV anda dilengkapi Amazon Prime dan speaker di bilik berjenama D&O dari Denmark.
Sekali masuk, terasa kusyuk. Macam tak ada hari esok.
Sampai sini dulu koleksi hotel-hotel honeymoon paling best yang ada kat kawasan bandaraya seluruh Malaysia.
Kesemua hotel mewah kat atas kami suka.
Sebab semuanya cantik dan romantik.
So, hotel mana yang buat you tertarik?
Sumber: www.jomjalan.com.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.