26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

4 Tips Mudah Atasi Sikap Malas Mengikut Ajaran Islam


Sikap malas jika dibiarkan boleh menjadi satu penyakit yang membawa kepada penyakit yang lebih kronik seperti obesiti, diabetis dan hipertensi.

Menurut sebuah kajian oleh Dr. Richard Weiler melalui British Journal of Sports Medicine menyebut bahawa malas boleh dikategorikan sebagai satu penyakit.

Tidak semestinya anda perlu rajin sentiasa, kerana ada masanya kita akan dirudung rasa malas, tetapi ia perlu dikawal kerana perasaan malas yang berlebihan akan membuatkan seseorang hilang motivasi untuk berusaha dan memajukan diri.

Faktor utama yang membawa perasaan malas ini berpunca daripada gaya hidup yang kurang betul. Apabila gaya kehidupan tidak dijaga dengan baik, inilah yang boleh mengundang kepada sifat ini.

1. Ambil sarapan pada waktunya

Sarapan adalah perkara yang paling penting dan tidak boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan, ia boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah melonjak dan menyebabkan otak lambat serta sukar untuk fokus.

2. Elak makan sebelum tidur

Makan sebelum tidur boleh menyebabkan badan anda mudah merasa lemah kerana tiada aktiviti susulan yang dilakukan.

Kandungan gula dalam makanan boleh membuatkan tubuh mengeluarkan hormon insulin yang akan menyebabkan tidur tidak nyenyak dan anda akan bangun pagi dalam keadaan tidak bermaya.

3. Amalkan pola pemakanan yang betul

Pola pemakanan perlulah betul berdasarkan piramid makanan yang membekalkan nutrisi yang diperlukan tubuh.

Jika tubuh kekurangan karbohidrat, protein atau vitamin, pastinya ia boleh memberi kesan kepada tenaga manusia. Disebabkan itu, amat penting untuk kita menjaga diet yang seimbang.

4. Cuba Solat di awal waktu

Sebolehnya cubalah amalkan solat di awal waktu. Pengambilan wudhu juga boleh memberi kesegaran kepada tubuh badan dan sekali gus dapat menghindarkan perasaan malas yang bersarang. 

Kemalasan yang datang itu perlu dikawal. Ia bukanlah bermaksud anda perlu rajin setiap hari, namun jangan dilayan perasaan malas itu kerana bimbang ia akan meragut semangat dan motivasi dari dalam diri anda.





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI