31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

5 Item Fesyen Untuk Kembara Yang Bergaya


Setelah dua tahun wabak COVID-19 melanda dunia, akhirnya sempadan Malaysia dibuka! Kini anda boleh kembali mengembara dan meneroka dunia!

Namun, semasa bersiap-siap untuk sesi pengembaraan ini, anda mungkin kebingungan tentang apa item penting yang perlu dibawa, bukan? 

Usah khuatir, bagi memastikan bagasi anda ringan dan bergaya, berikut lima item fesyen untuk keperluan perjalanan dan kembara anda!

Foto 1 Item Kembara#1 Seluar pendek untuk keselesaan dan fleksibel

Terutamanya di negara iklim tropika, membawa seluar pendek sangat penting. All Day Shorts dari Thousand Miles ini merupakan seluar pendek yang sesuai untuk dibawa bersama.

Dengan material yang ringan dan tanpa kedut, ia mudah dibungkus dan cepat kering. Serbaguna, anda boleh terus memakainya dari lapangan terbang hingga ke tepi pantai!

Foto 2 Item Kembara#2 Seluar pendek renang

Boys, let’s not leave all the seaside OOTDs to the girls!

Raikan kebebasan untuk berenang dan berfesyen dengan seluar pendek renang dari Eubi. 

Istimewanya, ia hadir dalam fabrik yang boleh bertukar warna dan cetakan grafik musim panas yang ceria. Material pula mudah regang, membuat anda mudah berenang dan menyelam.

Seluar pendek renang ini bakal menjadikan anda kelihatan seperti model pantai yang seksi! 

Foto 3 Item Kembara#3 Pastikan perjalanan sentiasa terhidrat!

Sama ada bercuti di pulau, mahupun mendaki gunung-ganang, sentiasa terhidrat ialah kunci untuk menakluki pengembaraan anda.

Pastikan anda membawa botol air yang bukan sahaja berguna untuk menghilangkan dahaga, malah penuh bergaya.

Gunakan Montigo’s Ace Bottles, ia botol air yang diperbuat daripada logam ringan bagi memastikan air minuman anda kekal dingin dan segar.

itemkembara4#4 Seluar dalam untuk keselesaan yang berpanjangan

Kebiasaannya, bercuti bakal membuatkan anda bergerak ke sana dan ke mari. Oleh itu, anda memerlukan sokongan yang selesa untuk ‘aset’ anda yang paling berharga! 

Apollo+ Boxer Briefs + Fly (Malaysia Edition) oleh Comfort Republic memastikan kelembutan serta sokongan tepat, tanpa mengira aktiviti-aktiviti percutian anda, sama ada lasak atau santai. 

Foto 5 Item Kembara#5 Seluar khakis yang stail

Kita semua mahu membawa bagasi yang ringan. Momentum Long Pants by Bottoms Lab ialah seluar panjang yang paling sesuai.

Versatil, mudah regang dan sesuai untuk semua jenis majlis, seluar panjang ringan ini direka bagi memastikan anda kelihatan kacak dan bergaya.

Ia juga mudah dicuci dan cepat kering, sesuai untuk dibawa kemana-mana. –  Cendolpulut, 5 April 2022

Gambar: Dari jenama-jenama berkenaan 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI