27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

5 Lokasi Menarik Untuk Lawatan Sambil Belajar!


Musim cuti sekolah hampir tiba! Inilah masanya untuk anda membawa anak-anak anda untuk berjalan dan makan angin. 

Alang-alang merancang, apa kata manfaatkan percutian keluarga anda itu dengan memilih lokasi menarik untuk lawatan sambil belajar bersama anak-anak.

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan sambil memberi peluang untuk mereka belajar sesuatu di luar kawasan sekolah. 

Percutian keluarga jenis ini bakal membantu mereka menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada sesi pembelajaran dalam kelas.

Jom intai lima lokasi menarik untuk lawatan sambil belajar.

FOTO 1 Lawatan Sambil Belajar#1 Muzium Coklat, Kota Damansara

Beroperasi sejak 2013, Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan anak-anak anda.

Terdapat tiga peringkat elemen asas yang boleh dilawati dan dipelajari seperti pendidikan mengenai koko, proses pembuatan coklat dan arkib jualan coklat keluaran tempatan.

Paling menyeronokkan, pihak muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung di hadapan anda dan boleh merasai coklat yang dihasilkan itu tadi.

FOTO 2 Lawatan Sambil Belajar#2 Selangor Fruit Valley

Terletak di Bestari Jaya,ka wasan dusun yang terbentang luas ini membolehkan anak-anak anda mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian.

Paling menarik, mereka boleh merasai pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran segar semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. 

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan seperti memetik sayur dan buah, menoreh getah, melawat taman haiwan serta rumah tradisional Selangor.

FOTO 3 Lawatan Sambil Belajar#3 Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani

Lawatan ke dua kampung ini akan memberikan pengalaman menjalani kehidupan penduduk kampung yang sangat memuaskan.

Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang dan Kampung Haji Dorani, Sungai Besar memang sangat terkenal dengan konsep inap desa yang boleh anda tinggal bersama keluarga di sana.

Anak-anak anda dapat merasai sendiri suasana kampung dan mempelajari cara kehidupan orang kampung. 

Aktiviti-aktiviti seperti menggagau ikan di sawah padi, menganyam daun kelapa serta melawat rumah-rumah tradisional, antara aktiviti yang tidak boleh anda lepaskan!

FOTO 4 Lawatan Sambil Belajar#4 Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Berkeluasan 600 hektar dan dikelilingi Hutan Simpan Bukit Lagong, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini terletak di Kepong, Selangor.

FRIM menawarkan pelbagai aktiviti alam semula jadi seperti joging, berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari keunikan hutan di Malaysia.

Paling menarik adalah FRIM Skywalk yang membolehkan anda berjalan di bawah kanopi pokok-pokok gergasi hutan hujan tropika berusia lebih ribuan tahun! 

FOTO 5 Lawatan Sambil Belajar#5 Taman Botani Negara Shah Alam 

Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani Negara ialah sebuah taman yang bertemakan pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan dan pembangunan sektor botani.

Anak-anak anda boleh mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, sesi berjalan sambil menikmati pemandangan alam sekitar dan banyak lagi.

Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti kereta api tram yang bakal membuatkan lawatan anda sekeluarga menjadi lebih menyeronokkan! – Cendolpulut, 17 Februari 2022

Gambar: Tourism Selangor 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI