25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

5 Pasar Raya Untuk Persiapan Aidilfitri Anda!


Syawal bakal menjelma tiba. Masanya untuk membeli-belah juga telah tiba! 

Tidak dinafikan, Selangor sememangnya terkenal sebagai syurga persiapan Raya sebelum semua rakyat Malysia pulang ke kampung halaman masing-masing.

Barangan keperluan bagi menyambut lebaran seperti perhiasan rumah, kuih Raya dan tentunya baju Raya, pasti berada di dalam fikiran semua.

Minggu terakhir ini, apa kata anda ambil peluang untuk mengunjungi lima pasar raya yang terkenal sebagai tumpuan persiapan Raya di Selangor, seperti di bawah:

Foto 1 Pasaraya Selangor

 #1 Kompleks PKNS Shah Alam

Setiap hujung minggu, ratusan malah ribuan pengunjung dari luar Shah Alam datang ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli-belah.

Sebagai pasar raya pertama di Shah Alam, ia kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular. Tidak ketinggalan, Kompleks PKNS Shah Alam turut menjadi tumpuan untuk persiapan Raya!

Terdapat ratusan kedai kain dan butik yang menawarkan pengalaman membeli-belah baju Raya dalam kos yang rendah. 

Selain butik dan kedai baju, anda juga boleh menjamu selera di restoran yang kebanyakannya menyediakan masakan Melayu.

Foto 2 Pasaraya Selangor#2 GM Klang Wholesale City

Mempunyai lebih 2500 buah kedai, gedung beli-belah gergasi ini menyediakan jualan jenis borong dan runcit yang tiada tandingannya.

GM Klang Wholesale Cita menawarkan rangkaian produk seperti hiasan rumah, perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori, permainan, barangan teknologi dan banyak lagi.

Paling menarik, terdapat juga Zon Jenama Malaysia yang menawarkan fesyen, aksesori, makanan dan kraftangan keluaran tempatan.

Dengan deretan restoran dan kedai makan, ia dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk anda membeli-belah di musim perayaan ini!

Foto 3 Pasaraya Selangor#3 Melawati Mall

Terletak di Pusat Bandar Melawati, pasar raya ini berkeluasan 620,000 kaki persegi dengan lebih 200 kedai tersebar di lapan aras bangunannya.

Ia menawarkan gabungan ideal antara fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan dan hiasan dalaman serta pelbagai kedai makan yang menarik.

Pelbagai jenama dalam dan luar negara telah disusun rapi di pasar raya ini untuk memberikan pengunjung pengalaman membeli-belah yang menarik.

Foto 4 Pasaraya Selangor#4 The Curve, Mutiara Damansara

Lebih 200 perniagaan dan 60 restoran tersedia di The Curve, Mutiara Damansara. 

Pasar raya serba moden ini menawarkan pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan emas, aksesori dan kelengkapan rumah serta makanan dan minuman.

Pusat membeli belah sehenti ini menawarkan pilihan butik fesyen antarabangsa yang sama seperti yang terdapat di pasar raya di Kuala Lumpur.

Foto 5 Pasaraya Selangor#5 Seksyen 7, Shah Alam

Bukanlah sebuah pasar raya fizikal, melainkan sebuah kawasan komersial yang terkenal dengan butik-butik jenama tempatan, koleksi busana muslimah dan kedai kain mega.

Jenama-jenama tempatan popular seperti Jakel, Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi boleh anda kunjungi sekiranya melangkah masuk ke kawasan ini.

Bukan itu sahaja, kawasan komersial ini turut dipenuhi dengan deretan kedai emas dan perabot untuk persiapan anda menyambut Hari Raya! –  Cendolpulut, 28 April 2022

Semua gambar: Tourism Selangor 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI