28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

5 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Membuat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir


Bencana banjir yang sedang berlaku di Lembah Klang dan beberapa kawasan di negri lain ketika ini memang membimbangkan sehingga ada beberapa kawasan dinaiki air ke paras lutut sehingga ke paras bumbung.

Selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka untuk dibawa ke kawasan selamat dan terpaksa pasrah melihat kereta kesayangan ditenggelami banjir.

Bagi mangsa banjir di seluruh negara yang menghadapi kerosakan kenderaan dinasihatkan mengikuti tips yang dikongsikan oleh agensi insurans ini.

Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam membuat tuntutan perlindungan tambahan bencana alam atau dalam istilah insuransnya, special perils cover atau perlindungan peril khas.

PROSES MEMBUAT TUNTUTAN KENDERAAN SELEPAS BANJIR

1. Rakam foto kenderaan yang terlibat sebagai bukti.

2. Hubungi hotline general insurans atau takaful.

3. Syarikat insuran atau takaful akan buat mengaturkan untuk untuk mengambil kenderaan korang.

4. Kenderaan yang terlibat banjir akan dibaik pulih oleh panel syarikat insuran atau takaful.

5. Bagaimanapun perlindungan banjir ni hanya boleh dituntut jika pemilik kenderaan mencarum mengambil Insurans Kereta Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam).

Bagi korang yang tidak mengambil perlindungan tambahan ini, maka segala kos membaik pulih ditanggung insurans.

Sekiranya mengambil Insurans Kereta Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam) ini, korang dinasihatkan untuk terus hubungi syarikat insurans atau takaful kenderaan masing-masing.

Berikut adalah nombor talian syarikat insurans atau takaful yang boleh di rujuk.

1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin : 03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788

Diharapkan langkah ini dapat membantu mereka gusar dengan keadaan kenderaan yang ditenggelami air.

Difahamkan menerusi pelindungan perils, kos membaik pulih kenderaan yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans atau takaful.

Sumber: DHijrah Risk Consultancy





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI