31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa Mama Di Sebelah


Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini.

Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi. Oleh yang demikian, seorang pengguna TikTok telah berkongsi cara menjaga bayi yang baru lahir tanpa ibunya berada setiap masa pada bayi supaya ibu-ibu ada masa untuk mereka sendiri walaupun sekejap.

Baca juga:Punca Bayi Alami Sindrom Flat Head & Ini 6 Bantal Yang Sesuai Untuk Mereka

6 TIPS BAYI BARU LAHIR SENDIRI TIDUR TANPA IBUNYA

6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa

Memang tidak dinafikan, peranan ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Jika anda rasa ia terlalu berat, jangan malu untuk meminta pertolongan.

Akan tetapi, anda juga boleh mencuba 6 tips yang telah dikongsi ini! Mana tahu boleh membantu anda. Antara tipsnya adalah:

1. Susukan bayi sehingga kenyang

2. Sendawakan bayi selepas menyusu1653039911 530 6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa

3. Bedung bayi ketat di bahagian tangan. Di bahagian kaki pula, tidak perlu ketatkan sangat.1653039913 468 6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa

4. Tinggikan sikit bahagian kepala supaya bayi tidak muntah atau muak susu apabila ibunya terpaksa jauh atau tidak dapat tengok bayi.1653039916 543 6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa

5. Letakkan baju ibu yang sudah dipakai dan belum dibasuh supaya bayi dapat rasa yang ibunya ada dekat dengan dia.1653039918 401 6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa

6. Kena pastikan bayi selesa. Tengok suhu bilik, pakaian, pampers bersih dan lain-lain ikut keselesaan bayi.1653039921 414 6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa

Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba kepada ibu-ibu di luar sana!

Video penuh:

@syariniey

#tipsnewborn #tipsnewmom #tidurkanbaby

♬ Baby song – BeautySound

Sumber: TikTok @syariniey







Sumber: siraplimau.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI