28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

7 Cara Hindari Jet Lag Ketika Keliling Dunia


Bercuti atau mengembara ke luar negara seronoknya memang bukan kepalang. Sebaik sahaja pintu sempadan negara dibuka, ramai yang menarik nafas lega. Bolehlah lepaskan gian, bolehlah lunaskan hasrat yang sudah lama tertunda. Walaupun harga tiket udara melambung naik, namun itu bukanlah halangan. 

Apabila bercerita tentang merancang perjalanan jauh, yang tempoh penerbangan mengambil masa belasan jam kerana berada di benua berbeza, apakah perkara yang paling anda benci?

Selain buat kajian demi kajian, mesti ramai yang ‘menyampah’ dengan jet lag atau bahasa Melayu gangguan ritma harian. Apa tidaknya, masalah ini membuatkan badan tidak bermaya sehingga mengganggu jadual aktiviti yang telah dirancang awal.

Jetlag lucas albuquerque unsplash

Saya masih ingat lagi, ketika bercuti ke Paris tidak berapa lama dahulu, saya terlepas peluang untuk menyaksikan Menara Eiffel pada waktu malam gara-gara tertidur sehingga ke pagi setelah hampir 24 jam tidak melelapkan mata. 

Ini kerana ketika dalam penerbangan saya tidak dapat melelapkan mata. Sudahlah begitu, rasa mengantuk tidak habis begitu sahaja, dua hari berikutnya rasa mengantuk masih tidak habis, walaupun hati begitu teruja untuk mengembara ke setiap inci kota Paris. 

Baiklah, gejala jet lag biasanya akan muncul selepas sehari dua perjalanan yang merentasi sekurang-kurangnya dua zon waktu. Semakin banyak zon waktu yang direntasi, semakin teruk dan lama simptom jet lag.

Menurut National Sleep Foundation, apabila pesawat yang anda terbang semakin tinggi, terutama jika melebihi ketinggian 3900 meter, maka kemungkinan waktu tidur anda terganggu adalah semakin besar. 

ross parmly rf6ywHVkrlY unsplash

Umumnya, seseorang yang mengalami jet lag akan mengalami rasa mengantuk di siang hari dan insomnia di malam hari, dehidrasi, kelesuan, nafsu makan berkurang, sakit kepala dan ada juga yang emosinya menjadi tidak stabil. Tubuh badan memerlukan waktu sekurang-kurangnya 1-2 hari untuk beradaptasi dengan persekitaran baru.  Bahkan, ada individu yang menderitai lebih lama sehingga sebulan!

Jadi bagaimana cara untuk menghindari atau mengurangkan gejala jet lag?

1. Buat latihan awal

Tubuh badan kita sebenarnya berfungsi 24 jam tanpa henti, biarpun ketika anda sedang tidur. Sebarang perubahan walaupun kecil, sudah tentu akan mempengaruhi fungsi tubuh. Lakukan latihan beberapa hari sebelum keberangkatan. Ubah jam tidur dan makan mengikuti zon waktu destinasi yang akan dituju (mungkin perlu cuti jika anda seorang yang bekerja).

2. Tidur dan rehat secukupnya

Sebaiknya, sebelum anda berangkat ke luar negara, pastikan tubuh badan dalam keadaan fit. Fokus pada mendapatkan rehat yang berkualiti untuk sekurang-kurangnya beberapa malam sebelum perjalanan supaya anda tidak lagi kurang tidur pada permulaan perjalanan.

Jetlag unsplash3. Pilih penerbangan

Pemilihan waktu penerbangan juga memainkan peranan. Memang benar ia turut mempengaruhi harga tiket tetapi adalah lebih baik keluarkan belanja lebih sedikit daripada menjejaskan segala aktiviti yang telah dirancang. Lebih baik pilih penerbangan di malam hari untuk menempuh perjalanan panjang kerana ia tidak akan mengganggu pola harian kita.

4. Jangan duduk sepanjang masa ketika dalam penerbangan

Darah beku dan kekejangan otot boleh berlaku jika anda duduk terlalu lama. Berdiri, berjalan dan lakukanlah regangan perlahan-lahan beberapa kali semasa penerbangan untuk mengurangkan risiko ini. Jangan lupa minum banyak air.

Jetlag berjalan dalam flight kenny eliason unsplash5. Ikuti peredaran waktu tempatan

Sesampainya di destinasi, cuba ikuti peredaran waktu setempat. Jika belum malam tetaplah berjaga, banyakkan berjalan atau lakukan aktiviti yang digemari untuk mengelakkan rasa mengantuk. Apabila waktu malam, paksa diri untuk tidur walaupun mata anda masih segar.

6. Minum air secukupnya

Lebih banyak anda melakukan aktiviti, lebih banyak air kosong yang perlu anda minum. Elakkan diri daripada dehidrasi kerana ia boleh membuatkan tubuh letih lesu. Bawa botol minuman di dalam beg supaya anda boleh mengisi air di mana-mana kemudahan yang menyediakannya. Cara ini juga boleh membantu anda berjimat.

7. Makanan tinggi karbohidrat

Makanan berkarbohidrat tinggi, seperti susu, keju, atau yogurt boleh membantu mencegah jet lag. Ini kerana kandungan triptophan (asid amino yang lazim ditemui dalam makanan berprotein) di dalamnya boleh berubah menjadi melatonin yang dapat membantu kita mudah melelapkan mata. 

Jetlag makanan tinggi karbo unsplash

Moga percutian anda berjalan lancar! – Cendolpulut, 9 Jun 2022

Rujukan : https://www.sleepfoundation.org/ 

Gambar: Unsplash


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI