25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!

Apabila waktu percutian sudah hampir pasti ramai antara kita tidak tahu dimanakah tempat yang menarik untuk kita bawa keluarga atau teman bercuti. Nak keluar ke luar negara tapi tidak mampu kerana kos yang tinggi dan banyak dokumen perlu lakukan seperti passport dan visa.

Apa kata cuba teroka dalam negara sendiri dahulu. Kali ini pihak Libur kongsikan 7 pulau yang menarik yang terdapat di Sabah tetapi terasa seperti luar negara apabila berada disitu. Jom lihat keindahan pulau-pulau ini. Jangan lupa simpan duit untuk melancong!

1. Pulau Kapalai, Semporna, Sabah
Pulau ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan dan ia amat terkenal bagi pengemar sukan Skuba dan Snorkeling. Pulau ini turut menjadi pilihan sebagai destinasi bulan madu bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!Gambar dive-malaysia.com
2. Pulau Banggi, Kudat, Sabah
Pulau ini merupakan pulau terbesar di Malaysia dan ia lebih besar dari Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!Gambar thesabahsociety.com
3. Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah
Pulau ini dikenali sebagai Pulau Bohaydulong  atau Pulau Bohidulong di mana jarak perjalanan dari bandar Semporna mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja dengan menaiki bot.
7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!Gambar Murphy Ng
4. Pulau Mataking, Semporna, Sabah
Kalau lihat pada gambar seperti pulau di luar negara tetapi hakikatnya ia di Sabah! Pulau ini amat terkenal bagi pelancong yang melancong ke Sabah kerana ia tidak lengkap percutian kamu jika tidak datang ke pulau ini. Harus cuba!

7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!Gambar mataking.com
5. Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah
Pulau ini terletak berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Saiz pulau ini lebih kurang sebesar Singapura. Pulau ini terkenal dengan airnya yang bersih (cyrstal clear).

7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!Gambar lensafotomalaysia.blogspot.com
6. Pulau Sibuan, Semporna, Sabah
Nama pulau ini sama seperti pulau yang terletak di Johor tetapi ia berbeza dari penghuni dan kawasan kelilingnya. Pulau ini diduduki oleh golongan etnik Bajau Laut. Pulau ini menjadi pilihan peminat diver kerana lautnya yang sesuai untuk aktiviti tersebut.
7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!
Pulau Timba Timba, Semporna, Sabah
Pulau ini ramai yang tidak tahu kerana jarang pelancong berkongsikan pulau ini. Jika kamu cari pada Google pasti kamu akan kecewa untuk melihat pulau ini. Tetapi nasib baik ada yang sudi berkongsi bersama Libur untuk melihat keindahan pulau ini.
7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!7 Pulau Cantik Di Sabah Wajib Korang Jejak Sekali Seumur Hidup, View Setanding Oversea!Gambar josh juing

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI