31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Ini Dia 7 Tempat Menarik Di Port Dickson, Khas Buat Anak Anda Gembira

Tidak pasti tempat yang mana paling best untuk keluarga di Port Dicksin? Nah, baca senarai tempat wajib anda pergi jika ke sini.

Bila sebut Port Dickson mesti terbayang pantainya yang cantik. Pening juga hendak buat keputusan pantai yang mana perlu dikunjungi. Sebenarnya, bukan hanya pantai yang ada di Port Dickson.

Walaupun tak semua tempat dapat saya masukkan di sini, tapi inilah sebahagiannya:

1. Pantai

MAT DRAT: PERCUTIAN KE PORT DICKSON - Cuti Cuti Malaysia

Antara pantai-pantai yang boleh dikunjungi ialah Pantai Blue Lagoon @ Pantai Tanjung Biru, Tanjung Tuan, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Teluk Kemang, dan Pantai Saujana.

Ini adalah antara pantai-pantai yang terkenal kerana keindahan pemandangannya dan pelbagai aktiviti pantai kepada pengunjung.

2. Alive 3D Art Gallery

Alive 3D Art Gallery
Alive 3D Art Gallery
Imej via segarcity

Galeri 3D amat popular pada masa kini. Hampir setiap negeri ada galeri seperti ini. Alive 3D mengambil bangunan setinggi 3 tingkat dan memiliki 50 gambar 3D di dalamnya. Anak-anak pasti gemarkan tempat seperti ini di mana mereka perlu beraksi untuk mengambil gambar yang menarik.

Harga: RM20 (dewasa), RM15 (kanak-kanak), RM25 (warga asing), RM20 (kanak-kanak)

Alamat: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang

Waktu Operasi: 7am-6pm setiap hari.

3. Hutan Simpan Sungai Menyala

Sungai Menyala Forest Reserve, Port Dickson - Rainforest Journal

Luasnya 1280 hektar pada ketinggian 20-40m dari aras laut. Walaupun saiznya kecil jika dibandingkan dengan hutan simpan yang lain, tapi ia mempunyai 11 spesis pokok hutan yang hanya boleh ditemui di kawasan hutan ini sahaja.

Malah, di sini juga terletaknya pokok jelutong terbesar. Banyak aktiviti dijaankan di sini seperti merentas hutan, melihat burung dan hidupan liar, menunggang mountain bike serta perkhemahan.

Alamat: No.38, Jalan DS 2/1. Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson.

Waktu Operasi: 11am-10pm

4. Kota dan Muzium Lukut

Mohd Faiz bin Abdul Manan: Kota & Muzium Lukut

Mungkin ada yang tidak tahu mengenai Kota Lukut yang pernah gemilang suatu ketika dulu. Galeri ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat, dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.

Kesemuanya membawa anda kembali ke masa lampau menerusi ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya. Anda mungkin perlu tahu bercerita jika mahu membawa anak-anak ke sini.

Harga: Percuma

Alamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman PD Jaya, 71010 Port Dickson

Waktu Operasi: 9am-6pm

5. Muzium Tentera

Muzium Tentera Darat simpan 1001 cerita

Kapal terbang dan kereta perisai. Itu sebahagian kenderaan yang anda boleh temui di Muzium Tentera. Jumlah pengunjungnya ramai semasa hari cuti. Menariknya ia diatur dan disampaikan dengan rapi serta berkesan.

Kisah peperangan sejak serangan Portugis sehinggalah pada masa kini. Anda akan melihat penambahbaikan dan perkembangan teknologi. Di satu bahagian, ada terowong komunis. Masuk dan lihat sendiri bagaimana kehidupan mereka di dalam terowong.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Kem Sirusa, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson

Waktu Operasi: 10am-5pm (Rabu-Ahad)

6. PD Ostrich Show Farm

Port Dickson Ostrich Farm | Places to Visit near Lexis® Port Dickson

Anda bukan sahaja melihat tapi menunggang juga. Boleh pilih untuk menunggang burung unta atau keldai atau kuda padi. Jika tak mahu menunggang burung unta, berlumba lari dengan mereka pun boleh.

Selain haiwan-haiwan ini, ada juga angsa, itik dan pelbagai haiwan peliharaan. Ikan pun ada. Puas dengan haiwan, boleh cuba menaiki ATV pula di PD Extreme Jungle Park dan Dinasours in the Jungle.

Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)

Alamat: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang

7. Taman Tema Wild West Cowboy

Kid-friendly indoor places in Port Dickson

Mahu merasai dunia koboi? Cuba singgah di taman tema ini yang berbeza suasananya dengan taman tema yang lain. Antara aktiviti di sini ialah 5D Motion Adventures, 7D Interactive Movie, Cowboy Go Round, Rider Boat, dan Wild West Desert Explorer.

Alamat: Jalan D/S71010 Port Bandar Dataran Segar, Lukut

Selepas ini tidak perlu pening-pening lagi semasa buat pilihan. Jika mahu ke pantai, pilih sahaja satu diantara semua senarai itu. Kemudian tambah dengan tempat-tempat lain untuk mempelbagaikan aktiviti dalam percutian. Selamat bercuti!

Sumber: bidadari.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI