26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

7 Tips Keselamatan Diri & Keluarga Di Kala Musim Tengkujuh


Setiap kali hujung dan awal tahun, negara kita pasti akan dilanda musim tengkujuh di mana berlakunya hujan lebat, angin kencang dan ombak tinggi di lautan.

Ketika ini banyak negeri di Semenanjung telah dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di mana ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda dan orang tersayang.

Meskipun kita tidak dapat menolak kejadian semulajadi yang diatur Tuhan, namun itu tidak bermakna kita boleh mengambil ringan akan isu keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim tengkujuh atau hujan lebat ini.

hiasan16hm 1610774286

Berikut adalah beberapa peringatan atau tips keselamatan yang boleh diamalkan untuk manfaat bersama:-

1) JANGAN SENTUH WAYAR ATAU TALIAN ELEKTRIK

Walaupun ramai orang tidak menyedarinya, wayar ini kebanyakannya masih hidup dan boleh membawa maut jika disentuh.

Sekiranya anda melihat wayar ini dalam lopak air selepas hujan, jauhi daripadanya sejauh mungkin kerana ia berkemungkinan boleh menyebabkan anda terkena renjatan elektrik.

Elakkan meletak kenderaan anda di bawah talian elektrik atau di sebelah tiang utiliti semasa musim tengkujuh.

2) ELAKKAN BERJALAN DALAM AIR

Cuba elak melalui lopak air atas jalan. Ia mungkin kelihatan bersih tetapi ia mengandungi pelbagai bakteria, yang boleh membawa penyakit, virus dan jangkitan kulat.

Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan anda sentiasa membasuh kaki anda dengan sabun dan air bersih.

Selain itu, jangan memakai stokin basah atau kasut basah kerana kemungkinan besar ia mengandungi pelbagai jenis kuman.

553

3) BERHATI-HATI DENGAN NYAMUK

Nyamuk bertelur dalam lopak air bertakung, sekali gus menjadikan monsun sebagai musim pembiakan untuk serangga ini.

Aliran air akan ‘mencipta’ kawasan-kawasan baharu yang berlopak tenang dan ini sangat ideal bagi nyamuk bertelur.

Sewaktu tidur, digalakkan memakai baju lengan panjang dan gunakan ubat untuk menghindar kehadiran nyamuk. Sebagai langka tambahan, pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan gunakan kelambu.

4) MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI

Elak memandu laju dan mengekori kereta di hadapan anda dengan rapat.

Elakkan membuat sebarang pusingan mengejut juga.

Berhati-hati dengan penunggang motosikal semasa hujan.

pribory iz rozetok 609944fed6fb2

5) CABUT PLAG PERALATAN ELEKTRONIK

Cabut plag peralatan elektronik semasa hujan lebat.

Ini penting terutamanya bagi kawasan yang dinaiki air. Maka, segera matikan dan cabut semua peranti sedemikian sebelum air memasuki rumah anda.

6) SEDIAKAN PAYUNG DAN BAJU HUJAN

Tabiat ini bukan sahaja menghalang anda daripada jatuh sakit tetapi juga membantu anda melindungi barangan berharga seperti telefon bimbit dan dompet.

Dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang anda dalam kantung plastik kecil semasa musim hujan.

019036400 1605598478 Musim Hujan Hampir Tiba Waspada Penyakit penyakit Ini shutterstock 1064352533

7) SEDIAKAN KIT KECEMASAN

Berikut ialah senarai semak item yang mesti ada dalam kit kecemasan anda:

  • Air bersih
  • Krim penghalau nyamuk
  • Termometer
  • Bandage dan kapas
  • Ubat-ubatan
  • Bahan makanan yang tidak mudah rosak
  • Lampu kecemasan dan bateri
  • Set pakaian dan stokin tambahan

2fat

Mengingati langkah keselamatan asas banyak membantu kita bersedia menghadapi situasi yang tidak diinginkan sepanjang musim hujan ini. Berhati-hatilah semua…

Sumber: Astro Awani





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI