31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

8 Dekorasi Pasar Raya Paling Meriah!


Sambutan musim perayaan yang satu ini sememangnya sinonim dengan dekorasi pasar raya sempena Hari Raya.

Ia bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi latar yang cantik untuk gambar Raya kenang-kenangan anda seisi keluarga.

Dekorasi-dekorasi yang indah ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh para pengunjung kerana ia mengangkat tema yang cantik dan unik.

Mari kita lihat 8 dekorasi pasar raya paling meriah untuk anda kunjungi bersama yang tersayang sepanjang lebaran ini, seperti di bawah:

Foto 1 Deko Mall Raya 2022

#1 Sunway Pyramid

Sunway Pyramid meraikan sambutan Hari Raya dengan tema ‘Riuh Ria Raya’ yang merangkumi kemeriahan hiasan berwarna-warni. 

Hiasan Mural Raya dihasilkan oleh seorang artis grafiti tempatan, Abdulrashade dan pasukannya yang menampilkan rumah kampung berwarna-warni yang dikelilingi keindahan pepohon hijau.

Foto 2 Deko Mall Raya 2022

#2 Setia City Mall

Setia City Mall meraikan Hari Raya dengan dekorasi yang mempesonakan. 

Hiasan yang ditampilkan mengambil inspirasi daripada memori perayaan Syawal yang dekat di hati serta kemeriahan hiasan lampu-lampu berwarna-warni yang sinonim dengan Hari Raya!

Foto 3 Deko Mall Raya 2022

#3 Da Men Mall

Benarkan Da Men Mall membawa anda ke sebuah zaman yang lain.

Abadikan kenangan nostalgia dengan ‘Bestnya Raya’ yang menampilkan dekorasi batik dan hiasan yang bertemakan tahun 90-an!

Ia menampilkan perabot vintaj, fesyen batik dan juadah Raya semasa anda muda remaja. Anda seolah-olah dibawa semula ke zaman ini! 

Foto 4 Deko Mall Raya 2022

#4 IOI Mall Puchong

Dengan tema ‘Uniknya Eidulfitri’, IOI Mall Puchong mengatur pelbagai persembahan dengan elemen Hari Raya.

Pasar raya ini turut menganjurkan sebuah peraduan di laman media sosial dan menawarkan pelbagai gerai yang menjual barangan Raya untuk anda berbelanja! 

Foto 5 Deko Mall Raya 2022

#5 1 Utama Shopping Centre

Tampil dengan tema ‘Kampung Minangkabau’, 1 Utama Shopping Centre mengetengahkan keindahan Rumah Gadang setinggi 41 kaki dengan bumbung tanduk kerbau yang ikonik.

Bukan hanya sekadar hiasan, anda boleh menjelajahi Rumah Gadang yang tersergam indah ini dan mempelajari adat istiadat pepatih dari Negeri Sembilan dan Sumatera Barat ini.

Jadikan sambutan Hari Raya anda lebih istimewa dengan menonton persembahan Tarian Endang, Tarian Rakyat Padi, Tarian Buluh Magunatip dan Gamelan Warisan Seni Budaya.

Foto 6 Deko Mall Raya 2022

#6 The Curve, Mutiara Damansara

Tahun ini, Mutiara Damansara telah mengubah ruangan Centre Court mereka menjadi landskap yang unik dengan mengambil inspirasi rona dan corak tenunan songket yang rumit.

‘The Curve Raya Estetika’ menawarkan pengalaman fotografi dengan latar yang berwarna-warni serta perincian yang moden.

Jom rai Hari Raya dengan membawa keluarga anda ke sini bagi menikmati pengalaman penuh keceriaan, diselangi oleh persembahan tradisional dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan!

Foto 7 Deko Mall Raya 2022

#7 The Starling

Raikan ‘Pesona Raya’ bersama The Starling!

Apabila anda membeli-belah dan menjamu selera, anda boleh menikmati persembahan muzik secara langsung sambil dikelilingi dekorasi menarik dan ilustrasi potret menggunakan cat air.

Terdapat juga Bazar Aidilfitri yang boleh anda temukan semua perkara yang anda perlukan untuk sambutan Hari Raya!

Foto 8 Deko Mall Raya 2022

#8 Quayside Mall

Terletak di Kota Kemuning, Klang, Quayside Mall menyediakan akses kepada pelbagai jenis hiburan, barangan runcit, restoran, butik dan perkhidmatan.

Untuk Hari Raya tahun ini, Quayside Mall membawa keseluruhan kampung tradisional ke dalam bangunannya! 

Anda boleh bergambar bersama pelbagai elemen tradisional dan kampung yang cantik seperti permainan congkak dan teng-teng. – Cendolpulut, 5 Mei 2022

Semua Gambar dari Tourism Selangor 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI