27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

“8 tahun, 8 biji kek”- Meriah sungguh sambutan ‘birthday’ anak dara Che Ta

Sambutan hari jadi anak kepada selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau dikenali Che Ta menarik perhatian ramai apabila ia diraikan dengan lapan biji kek.

Difahamkan, jumlah kek tersebut adalah sebagai tanda simbolik usia satu-satunya anak dara Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini genap  lapan tahun.

“Lapan tahun, lapan biji kek. Sambutan majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana,”tulis Che Ta.

Dalam hantaran tersebut, turut memperlihatkan pelbagai jenis kek pelbagai saiz dan corak selain manisan yang berwarna merah selari dengan tema majlis.

Snapinsta.app 1080 315150958 880616620014530 7139568821227760061 n e1668345862469

Snapinsta.app 1080 315207432 1103340227027320 2396279928847517493 n e1668345896970

Selain itu, turut dikongsikan foto Aaisyah yang dilihat segak bergaya mengenakan busana berwarna merah jambu selain dipadankan dengan skirt berona keemasan.

Snapinsta.app 1080 315199746 924244411880621 3177983712774189190 n e1668346185662

Snapinsta.app 1080 315071865 494003499346981 8210560908886759256 n

Malah, aktres berusia 49 tahun itu juga berkongsi momen-momen sambutan ulang tahun kelahiran Aaisyah bersama ahli keluarga yang lain.

Snapinsta.app 1080 315353672 881245753255148 6021323237474514241 n

Snapinsta.app 1080 315441133 640373954233091 3553880951314973510 n

Snapinsta.app 1080 315321230 648301987085050 979891214830884670 n

Kemeriahan majlis hari kelahiran Aaisyah itu sekaligus menarik perhatian ramai apabila netizen meninggalkan doa dan ucapan buat kanak-kanak itu. Bahkan, ada juga komen-komen lucu ditinggalkan oleh netizen termasuk rakan artis berseloroh mengenai jumlah kek tersebut.

Screenshot 2022 11 13 at 9.16.20 PMScreenshot 2022 11 13 at 9.16.46 PMScreenshot 2022 11 13 at 9.36.44 PMScreenshot 2022 11 13 at 9.37.03 PMScreenshot 2022 11 13 at 9.37.12 PM

Sekadar info, Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama aktor, Zain Saidin pada tahun 2013. Selain Aaisyah, Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammarr Effendy dan Aniq Ezzra, hasil perkahwinan bersama suami  pertamanya.

Sumber: Instagram @rozitachewan1


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI