25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda Pergi!

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu satu negeri yang terkenal sebagai destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya mereka yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau & pantai. 

Namun, tahukah anda bahawa Terengganu ada banyak lagi tarikan lain selain dari pulau dan pantai yang indah. Khas untuk anda yang mencari spot untuk ‘healing’ ataupun ‘kaki nature’,  berikut adalah lokasi Eco Pelancongan di Terengganu yang wajib anda cuba!

1. Bermalam di Houseboat Tasik Kenyir

9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaTasik Kenyir patut menjadi lokasi pertama untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak atau bersatu dengan alam semulajadi.

Untuk pengalaman percutian alam yang maksima, bermalam di Houseboat Tasik Kenyir adalah salah satu aktiviti wajib cuba. Nak cari Houseboat cukup mudah, anda hanya perlu ke Pengkalan Gawi. Terdapat pelbagai jenis houseboat yang boleh anda pilih mengikut bajet anda!

Rileklah berpeluang beramalam di salah satu beratus houseboat yang tersedia di Tasik Kenyir iaitu Qber Eco Houseboat

1668438780 756 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaRupa Qber Eco Houseboat sememangnya unik! Bas yang merupakan pengangkutan darat diubah menjadi satu rumah bot! Sangat sesuai dijadikan sebagai tempat penginapan keluarga sambil anda explore dan cruise keindahan di sekitar Tasik Kenyir. Cukup selesa dan lengkap dari segi kemudahan asas.

Banyak aktivit yang boleh anda lakukan jika bermalam di housboat! Antaranya berbabeku di waktu malam, memancing, cruise di sepanjang Tasik Kenyir, stargazing dan pelbagai lagi!

Beritkut adalah harga pakej dan fasiliti yang tersedia di Qber Eco Houseboat (jangan risau, ada yang siap dengan makanan):

9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

1668438781 777 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Untuk tempahan hubungi 019-4731500 (Zarina) dan 016-9550585 (Akram)

2. Mandi manda di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir

1668438781 570 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaTasik Kenyir merupakan rumah kepada hampir lebih daripada 14 air terjun latar, air penyejukan, jeram-jeram dan sungai sebagai tempat ideal untuk pelbagai jenis spesis ikan air tawar dan hidupan liar. Salah satu spot yang wajib singgah adalah Air Terjun Lasir. 

1668438782 46 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaAir Terjun Sungai Lasir menawarkan keindahan alam dan kesegaran air terjun yang sangat mempersonakan. Untuk ke sini, anda perlu hiking sedikit dalam 20 minit, treknya agak mudah namun bertingkat-tingkat dan licin. Hati-hati ya! Spot utama bergambar adalah jambatan gantung yang berada betul-betul di atas air terjun!

1668438782 555 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

3. Bermesra dengan Ikan Kelah di Santuari Kelah, Tasik Kenyir

Tak lengkap jika ke Tasik Kenyir kalau tak singgah ke Santuari Kelah. Untuk sampai ke sini sudah tentunya anda perlu menaiki bot dan setibanya di pintu gerbang, maka bermulalah sesi trekking anda lebih kurang 40 minit untuk berjumpa dengan ikan-ikan kelah ini! Sepanjang laluan trekking, ada pelbagai papan info menarik dan wakaf disediakan untuk anda beristirehat.

1668438782 755 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

1668438783 823 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaIstimewanya di sini, pengunjung berpeluang untuk berenang dan memegang ikan kelah! Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman dikerumuni beribu-ribu ikan kelah dan membiarkan ikan-ikan ini menggigit kaki anda dengan lembut. Memang unik lah!

1668438783 526 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

1668438783 200 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Nak bagi makan pun boleh, anda boleh beli di fasiliti yang tersedia. Namun, menangkap atau memancing ikan kelah di kawasan ini adalah dilarang sama sekali!

4. Parking Housboat Bawah Air Terjun Viral

1668438784 605 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu video yang memaparkan keseronokan sebuah keluarga yang bercuti dan mandi air terjun hanya dari atas houseboat. Boleh dikatakan tarikan baru ‘viral’ di Tasik Kenyir!

1668438784 359 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Mintak je captain houseboat anda bawa anda ke sini, lalu parking betul-betul di bawah air terjun! Tak perlu turun dari boathouse untuk menikmati “shower nature” yang sejuk lagi menyamankan!

5. Cuba minuman herba di Taman Herba Tasik Kenyir

1668438785 767 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Penggunaan herba untuk kesihatan bukan suatu perkara yang asing di negara kita. Boleh dikatakan telah menjadi budaya turun temurun dari generasi terdahulu. Tapi, yang tinggal di bandar pasti belum pernah atau jarang mencuba minuman herba kan?

1668438785 461 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan mencuba pelbagai jenis tumbuhan herba yang terkenal di Taman Herba Tasik Kenyir! Antara herba tradisional yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tongkat Haji Samad, Misai Kucing, Mas Cotek dan lain-lain. Selain dari pelbagai info menarik tentang herba, kiosk juga turut disediakan jika anda berminat untuk membeli!

1668438786 718 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

6. Melihat gajah secara “upclose & personal” di Kenyir Elephant Conservation Village (KVEC)

1668438786 315 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaKalau anda nak melihat gajah dengan lebih dekat di sinilah tempatnya! Pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti menaiki jambatan gantung sambil melihat kehidupan 18 ekor gajah, interaksi bersama gajah, memberi makan gajah dan melihat gajah mandi!

1668438787 752 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

1668438787 211 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Bayaran Masuk:

1 Tahun- 6 Tahun
RM 5

7 Tahun-15 Tahun
RM15

13 Tahun & Ke Atas
RM 25

7. Berbasikal sambil menikmati suasana perkampungan nelayan di Kampung Mangkuk & Penarek

1668438788 357 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib AndaKeunikan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik adalah identiti sebagai satu perkampungan nelayan yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Bayangkan berbasikal sambil menikmati udara pantai, permandangan kampung yang sungguh mengasyikkan!

1668438788 994 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Selain itu kedua-dua kampung juga diisytihar sebagai kampung pelancongan pertama Terengganu. Penat berbasikal, jangan lupa untuk bergambar di pelbagai spot menarik yang diusahakan warga tempatan sendiri!

8. Menyusuri Sungai Setiu sambil mencari Kepah & Lokan, Tiram segar pun ada!

1668438788 372 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

1668438789 317 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Alang-alang dah sampai Setiu, jangan lepaskan peluang untuk menyusuri sungai Setiu dan explore Setiu Wetland! Aktiviti menarik di sini sudah tentunya mencari kepah dan lokan. Bila lagi nak merasai pengalaman hidup di perkampungan nelayan!

1668438789 365 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Selain itu, jangan lupa singgah kolam ikan kerana di sana anda berpeluang untuk merasai sendiri keenakan tiram segar on the spot! Cukup berlemak dan disempurnakan lagi dengan jus lemon. Padu!

9. Berjalan sambil menikmati keindahan paya bakau di Setiu Boardwalk

1668438789 953 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Setiu Boardwalk adalah salah satu usaha penduduk tempatan untuk menarik lebih ramai pelancong mengenali pelbagai spesis flora dan flauna khususnya di kawasan paya bakau. Pelbagai info menarik menanti anda tentang spesis tumbuhan dan juga hidupan yang ada! 

1668438790 803 9 Spot Eco Pelancongan Menarik Di Terengganu Yang Wajib Anda

Antaranya adalah spesies hidupan seperti ikan belacak, ketam dan juga pelbagai spesis burung! Port instagrammable pun ada tau! Pelbagai arca dan hiasan yang disediakan khas untuk anda bergambar!

 

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI