24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Dakwa Dicabul Bapa, Pelakon Cilik Wajar Tutup Aib.” – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengulas dakwaan pelakon remaja yang mendedahkan sikap buruk bapanya baru-baru ini.

Menurut laporan BH Online, beliau berkata remaja berusia 15 tahun itu tidak sepatutnya membuka aib tetapi perlu membuat laporan polis dengan segera.

“Sepatutnya dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya, gangguan (seksual) seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai.
“Dia sepatutnya lapor kepada pihak polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada satu sidang media hari ini.

51518087921 IdrisAhmad

Sebelum ini, pelakon tersebut mendakwa dia dicabul oleh bapanya menerusi satu program broadcast berbentuk sembang santai di sebuah saluran YouTube.

gew

Menerusi temu bual itu juga, pelakon terbabit mendakwa ibunya turut menjadi mangsa si bapa apabila diperlakukan dengan teruk sekali.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan semalam, pihaknya bersedia bagi menyiasat perkara berkenaan.

rina

Rina berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya tidak teragak-agak bagi mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Kredit: BH Online (Mohd Nasaruddin Parzi)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI