Isu anak-anak bising di tempat terbuka ni banyak kali dah didebatkan. Baru-baru ini, seorang influencer media sosial meluahkan rasa tidak berpuas hati ketika bertandang ke sebuah restoran bersama ahli keluarga.
Yang ada anak kecik la bungkus makan kat rumah. Kenapa pula orang yang takde anak kena paham perangai anak korang. Lol pic.twitter.com/PDwzoIx2aa
— Bbie (BB) (@twtbiy) February 20, 2023
Menerusi video di TikTok, wanita itu menyatakan anak lelakinya menangis ketika sedang makan namun perbuatan tersebut didakwa telah dipandang serong oleh individu yang turut berada di lokasi sama.
Kesal dengan respon diterima, wanita terbabit menyifatkan anak kecil menangis adalah perkara biasa terutama apabila sudah mula berasa bosan.
Dalam pada itu, wanita tersebut juga mengingatkan individu yang dianggap tidak ada ‘common sense’ untuk bungkus makanan dan menikmatinya di rumah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai respon dan reaksi mengenai kejadian tersebut.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.