26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

“Ada Gorgon Dalam Jamban!” – Netizen Terkedu Pemuda Berjaya Pancing Dalam Tandas

Baru-baru ini, viral bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa apabila satu klip video yang memaparkan saat-saat cemas apabila terdapat beberapa ekor ular sawa yang besar di atas siling rumah di Bentong.

Mana tak cemas, ular sawa bersaiz besar pulak tu! Kali ini lain pula ceritanya. Seorang pengguna TikTok @abu_jebat berkongsi satu tips berguna untuk memastikan tandas di rumah anda selamat digunakan.

@abu_jebat

Dengan ini jamban aku dah selamat nak digunakan.

♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Dengan menggunakan mata kail bersaiz 12 dan ayam dijadikan sebagai umpan, dia berjaya membuktikan bahawa haiwan bahaya boleh berada di mana-mana tempat termasuk di dalam jamban rumah anda. Selepas dibiarkan seharian umpan tersebut, dia berjaya menangkap sesuatu.

Pada awalnya disangkakan ular rupanya seekor biawak kecil. Hasil tangkapan itu berjaya menarik perhatian netizen sekaligus membuat netizen untuk berfikir dua kali ketika membuang “hajat” di dalam tandas. 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI