25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Ada Yang Suruh Terjun Bangunan, Dipanggil Pelac*r!” – Peserta ATNM Terpaksa Lapor Polis

Baru-baru ini, seorang peserta program All Together Now Malaysia 2 (ATNM2) dikenali sebagai Fieqa telah viral apabila didakwa bersikap “kekwat” sewaktu menjawab pertanyaan daripada juri.

Cara jawab takde adab…. 😂😂😂#Budak16Tahun #AllTogetherNowMY2#FearTolakTepi pic.twitter.com/QbZxYmIIos

— Lan636 (@shazlan_80) December 18, 2022

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian dari Gempak! pemilik nama sebenar Nur Afiqah, 16 telah membuat laporan polis berhubung respon sesetengah netizen yang mengeluarkan komen yang terlalu berlebihan.

Ada Yang Suruh Terjun Bangunan Dipanggil Pelacr Peserta ATNM

Remaja terbabit juga mendedahkan bahawa ada menerima ugutan daripada netizen yang memintanya untuk terjun dari bangunan selain menggelarkannya sebagai pelacur.

Ada Yang Suruh Terjun Bangunan Dipanggil Pelacr Peserta ATNM

“Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tapi kecaman netizen terhadap saya itu sangat melampau sehingga mengganggu mental saya.

“Memang banyak kecaman saya terima di DM… tapi saya tak baca semua, ibu bapa saya yang banyak baca DM netizen. Kalau saya baca, mungkin boleh merosakkan mental saya,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana ahli keluarga memberikan sokongan dan turut sudah membuat laporan polis  di Balai Polis Bangi diatas kecaman yang melampau diterimanya.

“Saya bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi sokongan… itu yang buat saya kuat sekarang. Keluarga saya pun sudah mengambil tindakan terhadap netizen yang melampau.

“Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi pada semalam. Ada netizen yang menggunakan akaun betul dan palsu untuk kecam saya,” ujarnya.


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI