26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Aerotrain KLIA Yang Berusia 23 Tahun Bakal Diganti, Siap 2025!


Malaysia Airports telah memulakan latihan penggantian Automated People Mover (APM) atau dikenali sebagai sistem Aerotrain yang telah beroperasi selama 23 tahun, sejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Aerotrain berkenaan sering menghadapi gangguan perkhidmatan, menyumbang kepada ketidakcekapan operasi yang mengakibatkan penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif.

aerotrain tem1371 20210524154011 theedgemarkets 0

“Ia tidak lagi boleh dilaksanakan untuk mengekalkan Aerotrain semasa. Aset lama lebih mudah rosak dan ini akan menyusahkan penumpang.

“Ia juga menggunakan teknologi lama, menjadikannya sukar untuk mendapatkan alat ganti.

“Aerotrain baharu akan dinaik taraf bersama infrastruktur sistem trek, dan ini juga akan menyediakan lapangan terbang dengan kecekapan operasi yang lebih baik.”

“Tidak dinafikan terdapat sedikit kesulitan kepada penumpang dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa tempoh naik taraf.

“Sementara kami akan berusaha untuk meminimumkan gangguan perkhidmatan, penumpang akan terus dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas yang telah berjalan dengan baik sebagai perkhidmatan alternatif sejak 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

Aerotrain baharu itu antara lain akan dipertingkatkan dari segi keselamatan, keselesaan, penampilan, penggunaan tenaga dan diagnostik.

Ia juga akan menawarkan fleksibiliti untuk sambungan lancar untuk terminal baharu pada masa hadapan.

“Projek APM baharu ini telah dianugerahkan kepada Pestech Technology Sdn Bhd (Pestech), anak syarikat milik penuh Pestech International Berhad, dan akan bermula pada Mac 2022 serta mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

“Projek ini merangkumi penggantian sistem Aerotrain serta penyelenggaraannya selama 10 tahun sehingga 2034,” katanya.

Tambahnya, Pestech akan bekerjasama dengan OEM terkemuka, Bombardier Transportation yang baru-baru ini diambilalih oleh Alstom.

Sumber: Astro Awani





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI