26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Aidil Aziz bawa Fasha Sandha tunai umrah, kali pertama sebagai suami isteri

Aktor Aidil Aziz memaklumkan dia dan isteri, Fasha Sandha yang juga seorang aktres akan berangkat ke Tanah Suci Makkah esok bagi mengerjakan ibadah umrah.

Menurut laporan Harian Metro, aktor berusia 35 tahun itu berkata, mereka bakal menunaikan ibadah tersebut buat kali pertama sebagai suami isteri.

“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.

Bercerita lanjut, pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu berkata, dia sudah lama berniat membawa isteri ke Tanah Suci tetapi terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita) , Instagram Aidil Aziz & Fasha Sandha



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI