28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

AirAsia Group Bakal Bertukar Nama Kepada Capital A?


Nama AirAsia mungkin tiada lagi dan bakal digantikan dengan Capital A!

Ini kerana AirAsia Group Bhd bercadang untuk menukar nama kumpulan kepada Capital A Bhd — menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.

Malah, cadangan pertukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember lalu.

Cropped 1630509474N AirAsia Kuala Lumpur

“Bagaimanapun, cadangan pertukaran ini tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat pada mesyuarat agung yang akan diadakan pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian.

“Pekeliling kepada pemegang saham dengan butiran cadangan pertukaran nama akan dikeluarkan kepada pemegang saham dalam masa terdekat,” katanya.

image

Pada 12 Oktober lalu — Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia seharusnya tidak lagi hanya dikenali sebagai hanya sebuah syarikat penerbangan kerana mereka kini adalah kumpulan perkhidmatan digital.

Screen Shot 2563 10 08 at 12.58.30 PM

Walaupun pada asasnya AirAsia merupakan sebuah industri penerbangan — tetapi kumpulan itu kini  menawarkan lebih banyak perkhidmatan seperti airasia Super App sendiri dengan lebih daripada 15 tawaran perjalanan dan gaya hidup berbeza yang melengkapi satu sama lain, serta cabang teknologi pendidikan yang terus berkembang iaitu airasia Academy.

on demand delivery fast 1755ca0efe

Malah, ia juga mempunyai cabang kargo dan logistik yang semakin berkembang iaitu Teleport serta perniagaan perkhidmatan kewangan BigPay yang menawarkan penyelesaian teknologi kewangan yang mantap dan bakal menjadi bank maya pertama di ASEAN.

Loading Cargo on AirAsia Plane 1 scaled e1614697498738

Dengan nilai syarikat yang ditaksirkan lebih daripada AS$1 bilion, perniagaan digital AirAsia Group telah mencapai status Unikorn dalam jangka masa kurang daripada 2 tahun sejak kumpulan mempercepatkan momentum pertumbuhan perniagaan bukan penerbangan semasa sekatan perjalanan berikutan pandemik yang melanda di seluruh dunia. 

bigpay

Sumber: Astro Awani





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI