26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Akibat Banjir Besar, Sesi Persekolahan Ditangguh Seminggu!


Akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri di seluruh negara menyebabkan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu.

Berikutan itu — sesi persekolahan bagi sekolah Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari 2022 dan keesokannya bagi Kumpulan B.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sesi penggal ketiga akan bermula pada 2 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi Kumpulan B.

SesiSekolah2

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dalam video di laman Facebook, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) amat mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru, terutama yang terkesan akibat banjir besar minggu lalu.

“Mengambil situasi banjir semasa di seluruh negara yang membabitkan murid, ibu bapa dan guru, sama ada secara langsung atau tidak, juga membabitkan sekolah yang terjejas teruk atau menjadi pusat pemindahan sementara (PPS), sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan seminggu.

“Kementerian Pendidikan (KKM) cakna dengan kebajikan guru, murid dan ibu bapa ini, ini tempoh yang amat sukar untuk semua pihak.

“Kita faham mereka perlukan masa untuk siapkan keperluan sebelum mulakan sesi persekolahan. Kita doakan yang terbaik untuk mangsa,” katanya.

photo 2021 12 24 20 10 56

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan menerusi kenyataan media.

Berikut penjelasan lanjut Datuk Dr Radzi Jidin yang disiarkan di laman Facebook rasmi beliau.





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI