28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Aku Tertipu..” Kerugian Hampir RM50,000, Wanita Ini Kongsi Kisah Diperdaya ‘Pak Haji’ Vending Machine

Tidak dinafikan vending machine atau dalam bahasa Melayunya adalah mesin layan diri, merupakan salah satu perniagaan yang amat menguntungkan. Akhir ini, ramai dalam kalangan kita yang berebut untuk melibatkan diri untuk berniaga makanan dan minuman menggunakan mesin ini.

Mana tidaknya, kaedah penjagaannya sangat mudah. Tidak perlu jaga kedai atau tempat, hanya sekadar keluarkan modal dan tambah makanan serta minuman setelah habis. Ibarat, goyang kaki di rumah pun duit masuk.

“Aku Tertipu..” Kerugian Hampir RM50,000, Wanita Ini Kongsi Kisah Diperdaya ‘Pak Haji’ Vending Machine

Namun ada sebuah kisah yang menyedihkan mengenai vending machine ini apabila ada seorang wanita yang baru melibatkan diri di dalam perniagaan ini ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan menanggung kerugian hampir RM50,000 (tidak diketahui lebih tepat).

vending machine 3

Menurut ppaaaeeeepappap yang tidak lokek berkongsi pengalaman ditipu oleh ‘Pak Haji’ yang juga 100% bumiputera menerusi aplikasi TikTok. Menurutnya, pihak tersebut pada mulanya akan menawarkan vending machine berserta dengan lokasi yang sangat menarik, iaitu satu di KLIA I dan satu lagi di UITM Shah Alam.

mesin layan diri 2

Katanya, tempat lokasi berkenaan sangat menarik kerana vending machine tersebut akan diletakkan di asrama UITM. Namun sungguh mendukacitakan, apabila wanita ini telah membuat pembayaran, pihak berkenaan menyatakan lokasi tersebut tidak dapat dan menawarkan lokasi lain.

Sungguh mengejutkan apabila lokasi yang dijanjikan sebelum ini di asrama ditukarkan kepada perpustakaan. Lebih mengejutkan lagi, apabila di setiap aras perpustakaan tersebut mempunyai mesin layan diri. Manakala untuk KLIA I pula diletakkan di ruangan pantri staf KLIA.

mesin layan diri 1Menyedihkan disebabkan kenaifan aku..

Apabila terlampau banyak mesin yang disediakan, siapa nak beli? Dan macam mana nak dapat keuntungan kan? ppaaaeeeepappap juga sempat menyatakan, gara-gara dia terlalu cepat mahu membuat bisnes tersebut jadi dia tertipu. 

vending machine 2

“Menyedihkan disebabkan kenaifan aku dan masa tu aku nak sangat buat bisnes Vending Machine ni and then time tu pun aku muda so aku tertipu. Dia bukan scammer tau, tapi dia memperdayakan kau. ”

“Kenapa kau tak boleh cakap dia scammer sebab dia ada hitam putih. Tapi dalam hitam putih dia tu, kontrak yang dia bagi dekat kau, adalah menyatakan pasal pembelian vending machine sahaja. Tak menyatakan pasal location”, kongsi wanita ini menerusi video tersebut.

Disebabkan itu, wanita ini menanggung kerugian yang banyak. Kalau ikutkan harga pasaran mesin tersebut adalah RM13,000 hingga RM15,000 sahaja namun apabila ditambah dengan lokasi, harga tersebut menjadi RM38,000.

mesin layan diri 3

Manakala untuk mesin 3 in 1, wanita ini telah membayar sebanyak RM28,000 namun harga pasarannya adalah RM3000 hingga RM4000 sahaja. Sempat meninggalkan pesanan kepada orang ramai agar berhati-hati dalam setiap pembelian atau perjanjian. Untuk lebih jelas dan terperinci lagi, korang boleh tonton video penjelasan dari wanita ini di bawah.

@ppaaaeeeepappap Company yg jual vending machine ni own by Pak Haji ye and 100% bumiputra.. so frustrating bile kene mcm ni but I hope mu experience can be lesson for u #vendingmachinemalaysia ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Ekoran dari video tersebut, pastinya pelbagai maklum balas dan komen dari warga TikTok. Ramai yang mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan semoga perkongsian dari wanita ini dapat membantu korang semua agar tidak turut terkena.

Sumber: TikTok ppaaaeeeepappap

Baca juga: “Tak Padan Harga..” Lebih Tepung Dari Sotong, Wanita Ini Keliru Dapat Sotong Celup Tepung Ke Donut

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI