Anda percaya perkara mistik? Mesti kita semua pernah mendengar kisah-kisah pelik namun hanya segelintir sahaja yang ‘berpeluang’ untuk merasai atau melalui detik-detik yang penuh misteri.
Sebuah video viral di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang pelajar perempuan yang dikatakan dirasuk makhluk halus sehingga membuatkan dia mampu memanjat pokok tinggi, lapor portal berita Viva semalam.
Dalam kejadian di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan, gadis tersebut dilihat berdiri di atas dahan pokok sambil menjerit seperti terkena histeria.
Dia yang memakai baju putih dan bertudung hitam turut dilihat memagang dan memukul kepalanya sendiri.
Beberapa penduduk yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu gadis itu dengan ada yang menghampiri pokok itu manakala yang lain menyuluh cahaya lampu suluh ke arah gadis berkenaan.
Dua orang lelaki turut dilihat memanjat pokok tersebut untuk membantu membawa turun gadis berkenaan sebelum rakaman video dihentikan.
Menurut laman berita Apa Habar, ibu bapa gadis tersebut memberitahu bahawa anaknya sudah tiga kali dirasuk makhluk halus.
Sebelum kejadian terbaharu itu, bapanya sudah mencari mangsa sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), namun gagal menemuinya.
Gadis itu dikatakan sudah kembali kepada keadaan normal pada keesokan harinya dan dibawa pulang oleh keluarganya.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.