25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Aliff Syukri yakin ramai tak sabar dengar, hasilkan lagu duet bersama Caprice

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menyambut baik hasrat penyanyi rap, Caprice untuk berduet sekali gus menghasilkan satu single terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi satu posting di laman Instagram, usahawan berusia 35 tahun itu memuat naik video memaparkan mereka sibuk melakukan perbincangan ketika berada di sebuah studio rakaman.

Aliff berkata, dia yakin orang ramai teruja menanti untuk mendengar lagu dipercayai berkonsepkan semangat kenegaraan itu apatah lagi pernah mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu.

“Komen jujur please suara saya merdukan.. pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi,” tulis Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman.

Sementara itu, dia turut berkongsi beberapa video InstaStory memperlihatkan di sebalik tabir pembikinan muzik video (MV) bagi lagu berkenaan.

Sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuji fenomena lagu Swipe nyanyian Alyph duet bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sehingga menjadi siualan ramai di media sosial.

Walau bagaimanapun, dia meletakkan syarat tiada adegan membabitkan aksi ‘menyotong’ sekiranya Aliff ingin berkolaborasi dengannya.

Sumber: Instagram Aliff Syukri



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI