26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023
spot_img

Anak-Anak Suka Beli, JAKIM Jawab Logo Halal Produk Soft Candy Viral Tak Sah!

Kebelakangan ini tular di media sosial mengenai soft candy ataupun gula-gula gummy dengan jem buah-buahan yang dijual secara online sehingga menjadi tumpuan kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dengan pelbagai perisa.

Walaupun ramai menyatakan gula-gula gummy itu halal kerana terpapar logo halal pada bungkusannya namun kesahihan itu disangkal oleh pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Agama Islam (JAKIM).

Pihak JAKIM memberi maklum balas mengenai isu tersebut di Facebook mereka dengan mengatakan bahawa logo halal yang tertera adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Anak-Anak Suka Beli, JAKIM Jawab Logo Halal Produk Soft Candy Viral Tak Sah!

Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.

Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.

Anak-Anak Suka Beli, JAKIM Jawab Logo Halal Produk Soft Candy Viral Tak Sah!Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my /

Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di

Sumber: FB Bahagian Hab Halal Jakim

Sumber: www.majalahpama.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI