31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Anak Hentam Ayah Dengan Helmet, Sebab Kena Tegur!

Tanggungjawab seorang anak sepatutnya menjaga dan menyayangi kedua ibu bapa sepanjang masa khususnya di hari tua mereka. Namun sebaliknya berlaku. Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang anak yang memukul bapa kandungnya dengan topi keledar berbalas. 

Lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 236A kanun sama.Tertuduh, C. Kaviarasan, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian selepas berang disuruh berdikari dan mencari tempat tinggal sendiri oleh mangsa.

Anak Hentam Ayah Dengan Helmet Sebab Kena Tegur

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan cedera menggunakan topi keledar terhadap bapanya kira-kira pukul 7 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Telok Emas dalam daerah Melaka Tengah, pada 12 Januari 2023.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 236A kanun sama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan perlu melapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak mendekati mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan telah memberikan kerjasama baik dengan polis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pendakwaan.

Sumber: Utusan

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI