26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Anak Kecil Sering Menangis, Rupanya Diganggu Jin Ummu Sibyan!

Viral di platform TikTok, satu video yang dikongsi oleh seorang ibu @najwatajudin berkongsi pengalaman di mana anaknya diganggu oleh satu entiti. 

@najwatajudin 👻 ummu sibyan #kisahseram #hantudimalaysia #kisahbenar #fyp #malaysia ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Jelas berdasarkan video yang mempunyai dua bahagian tersebut, ibu dan si anak berasa amat terganggu apabila satu jin yang diberi nama Ummu Sibyan masuk ke dalam rumah mereka.

Berdasarkan komen, ramai juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama…

Siapa Ummu Sibyan?

Anak Kecil Sering Menangis Rupanya Diganggu Jin Ummu Sibyan

Ummu Sibyan adalah kaum jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil. Jin ini sering menjadikan anak kecil sebagai sasaran gangguanya. Waktu Maghrib dikatakan adalah waktu untuknya mencari mangsa.

Ada yang menggambarkan Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak.

Antara tandanya jika seorang bayi terkena gangguan Ummu Sibyan

1668080681 886 Anak Kecil Sering Menangis Rupanya Diganggu Jin Ummu Sibyan

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)

2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong

3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali

4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam

2) Kusut fikiran

3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang

4) Mengigau ketika tidur

5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan

1) Tutup pintu dan tingkap rumah waktu Maghrib

2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering)

Cara Mengatasi Gangguan

1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.

2) Halau dengan bahasa sendiri seperti “wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku”.

Ummu Sibyan Menurut Hadith

HADITH tentang UMMU SIBYAN ini DAIF namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana waktu syaitan berkeliaran.

Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah dimalam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga dari kejadian yang tidak baik berlaku.

Dan jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama Allah ketika menutup bekas-bekas tersebut.

Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua’lam.

Sumber: Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI