25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Anak Layan Watak Seram & Ganas, Mula-Mula Takut Tapi Jadi Ketagih, Elakkan! Awasi Anak Anda!

Kita ingat anak kita takut. Namun ketakutan itulah yang membuatkan anak jadi ketagih. Watak-watak kartun seram dan ganas ini sebaiknya dielakkan dari anak tonton.

Menurut perkongsian OT, Siti Aisyah Rozalli, watak-watak sebegini akan mempengaruhi minda anak hingga mereka besar kelak. Sebab apa? Ini yang dikongsikan oleh beliau.

KENAPA KANAK-KANAK SUKA TENGOK WATAK SERAM & GANAS?

Ramai parents tanya saya, “Macam mana anak-anak saya boleh suka tengok cerita-cerita seram dan ganas kat YouTube tu?”

Dia ada beberapa sebab:

1. Anak-anak suka test boundary. Apa yang mereka rasa “macam tak elok”, yang tu yang mereka akan cuba untuk tonton. Kenapa? Sebab mereka nak tahu adakah kita konsisten dengan “tak elok” yang kita kata tu.

Tonton orang kena bunuh. Tonton orang kena tikam. Tonton orang kena kejar.

Semua itu BOUNDARY JELAS. Yang kita allow anak kita untuk pecahkan dengan benarkan mereka menontonnya. Hari-hari.

Anak Layan Watak Seram & Ganas, Mula-Mula Takut Tapi Jadi Ketagih, Elakkan!

2. Menonton sesuatu yang seram & ganas cipta “adrenaline rush”. Jantung berdegup laju, dada berdebar. Ada anak-anak yang suka dengan “rush” tersebut. Jadi, mereka akan tonton banyak kali sebab nak rasa “rush” tadi.

3. Terpengaruh dengan rakan-rakan.Pergi sekolah, pergi taman, kawan-kawan semua sebut nama Huggy Wuggy. Anak kita ada FOMO (Fear of Missing Out). Jadi, mereka juga mahu main dan tonton apa yang kawan tonton.

4. Mereka tak sedar mereka dalam ketakutan.Anak-anak ni, mereka belum boleh beza apa yang baik & buruk. Jadi, bila mereka tonton cerita seram & ganas, imej tersebut tersimpan dalam minda mereka. Imej ganas dan seram itu akan mengganggu mimpi mereka dan menjadi fokus imaginasi mereka.

Maka, anda akan lihat anak suka dan berulang kali melukis imej-imej seram tersebut. Ianya adalah cara mereka “cope” dengan ketakutan.

Kita nampak anak macam suka. Tapi, minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.

5. Ianya telah menjadi ketagihan.Kita terlepas pandang untuk kawal apa yang anak kita tonton. Tapi, YouTube terus hidangkan dan sogok minda anak kita dengan video-video repetitive dan “hooking”.

Anak kita tu, kalau boleh tak nak tengok. Tapi, sebab adrenaline rush yang mereka terima setiap kali menontonnya, dan rasa “familiar” dengan watak yang ditonton hari-hari tu, menyebabkan anak kita sebenarnya bukan suka, tapi ketagihan.

Kasihan pada anak kan? Berperang dengan minda sendiri. Tapi, kita ingat mereka suka. Betul.

A bit of fear. A bit of adrenaline rush is good.

Anak Layan Watak Seram & Ganas, Mula-Mula Takut Tapi Jadi Ketagih, Elakkan!

Tapi, ada banyak cara lagi untuk anak belajar cope dengan fear selain biar anak tonton watak-watak yang mencemar otak suci mereka.

Be vigilant. Alert dengan apa yang anak tonton. Jangan cederakan minda dan pemikiran anak-anak kita dengan rasa kita ni parents yang “cool” dan “relax”.

Nanti, bila besar, anak kita jadi orang yang kurang empati, kurang sense of danger, cepat stress, high anxiety, tak tahu nak jaga dan selamatkan keluarga sendiri. Baru kita tertanya. What did I do wrong…

Cegah sebelum terlambat ya!

Sumber: www.majalahpama.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI