26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Aneka Aktiviti Menarik Di Sungai Selangor Bersama Hos Komuniti Selangor!


Walaupun tidaklah dikenali sebagai daerah yang popular dengan aktiviti pelancongan namun sebenarnya Hulu Selangor menawarkan pelbagai khazanah alam serta aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga.

Salah satu inisiatif terbaik ialah Program Hos Komuniti Selangor. Menerusi program ini mereka menawarkan aktiviti yang akan mendekatkan anda dengan alam semulajadi yang tidak boleh didapati di ibu kota.

Pelbagai tarikan menarik termasuklah aktiviti di Sungai Selangor bermula dari Empangan Pertak dan berakhir di Daerah Kuala Selangor.

Nak tahu apa aktiviti boleh dilakukan bersama Program Hos Komuniti Selangor di sini? Ikuti perkongsian di bawah!

1) Lakukan Aktiviti ‘tubing’

424832

Luangkan masa anda dan lakukan aktiviti yang sangat mengujakan ini! Terapungkan diri anda di atas tiub di sepanjang Sungai Selangor yang tentunya menyeronokkan sambil menikmati keunikan dan keindahan sekitar.

2) Pelajari Cara Melampan Biji Timah

424830

Melampan atau mendulang biji timah merupakan kaedah tradisional yang digunakan untuk mengestrak biji timah. Aktiviti perlombongan biji timah merupakan antara aktiviti ekonomi terawal yang dijalankan di Negeri Selangor. Jadi, ini merupakan peluang yang sangat menarik untuk anda ketahui sejarah lampau dan cara melampan biji timah!

3) Mengutip Siput Belitung dan Menjala Ikan

424833

Ada lagi yang lebih menarik menanti anda di sini iaitu aktiviti mengutip siput belitung di sepanjang Sungai Selangor. Selain itu, ada juga boleh menjala ikan di sini, dan ianya turut ditawarkan dalam Program Hos Komuniti!

4) Berkelah di Tepian Sungai Selangor!

424831

Berkelah sebentar di tepian Sungai Selangor sambil menikmati juadah ringan yang disediakan merupakan cara terbaik untuk mengakhiri pengembaraan separuh hari anda di Daerah ini. Setelah penat beraktiviti, ambil masa seketika untuk berehat sambil menikmati keindahan suasana alam semulajadi!

Pasti anda tidak sabar untuk alami sendiri Program Hos Komuniti yang ada di Daerah Hulu Selangor setelah mengetahui aktiviti yang ditawarkan. Sememangnya aktiviti yang tersenarai di atas memberikan pengalaman yang sangat luar biasa! Jangan lupa juga untuk sertai pengembaraan Program Hos Komuniti di Daerah-daerah di Negeri Selangor bagi mengisi masa hujung minggu anda!

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh membuat tempahan melalui talian 019-329 9760 (Khairunnisak).

Namun, pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.

Kredit: Travel Selangor



Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI