26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Anwar Ibrahim pakai stoking RM2? Ramai ‘struggle’ tahan diri dari kagum

Sebaik sahaja namanya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian netizen dalam mentadbir dan menguruskan negara ke arah yang lebih baik.

Bahkan, apa sahaja yang digayakan oleh beliau dalam melakukan kerja hariannya sebagai perdana menteri turut menjadi bualan netizen di media sosial.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar Ibrahim di laman instagramnya, dia telah berkongsi beberapa gambar ketika mengunjungi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi.
“Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” ujarnya.

Namun begitu, menerusi ciapan yang dimuat baik oleh seorang pengguna di laman Twitternya, penampilan Anwar Ibrahim yang memakai stoking jenama tempatan yang dipercayai dibeli dari sebuah kedai telah berjaya menarik perhatian netizen.

Gilo PM pakai stokin kedai eco 🤣

— Zulfadzli (@bumilangit) December 18, 2022

dsai 2

Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk menahan diri mereka untuk mengagumi sikap merendah diri pemimpin tersebut untuk mengelakkan dilabel sebagai ‘pentaksub’.

Screenshot 2022 12 19 at 11.13.23 AMScreenshot 2022 12 19 at 11.14.44 AMScreenshot 2022 12 19 at 11.15.02 AM

Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan meskipun stoking tersebut murah, namun ia kelihatan mewah dan berjenama apabila dipakai oleh Anwar Ibrahim.

Malah, netizen sempat berseloroh dengan memaklumkan harga stoking tersebut akan menjadi mahal dan jualan di kedai serbaneka Eco akan naik mendadak kelak.

Screenshot 2022 12 19 at 11.14.24 AMScreenshot 2022 12 19 at 11.14.04 AMScreenshot 2022 12 19 at 11.13.53 AM

Sumber: Instagram @anwaribrahim_my, Twitter @bumilangit


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI