25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Arca Ikonik Zidane “Tanduk” Pemain Itali Dipasang Semula Menjelang Piala Dunia Qatar!


Qatar merancang untuk memasang semula arca pemain bola sepak Perancis-Algeria, Zinedine Zidane dalam keadaan menanduk bola (headbutt) semasa perlawanan final Piala Dunia 2006.

adel abdessimed zidane foto yoan valat sk 0

Ia selepas arca itu dinyah bina pada 2003 susulan kritikan orang awam yang menyifatkan arca tersebut sebagai mempromosikan penyembahan berhala dan menggalakkan keganasan.

Marco Materazzi Finally Reveals The Statement He Made To Zidane Before Headbutt

Kritikan terhadap arca gangsa berukuran 5 meter yang digelar ‘Coup de Tête’ dinyah bina beberapa hari selepas orang ramai di negara Islam itu tidak menyenangi pemasangan tersebut.

Ketika ini, arca itu akan dipasang semula di muzium sukan baharu di Doha, yang menganjurkan Piala Dunia bola sepak akhir tahun ini.

Arca yang dihasilkan oleh artis Perancis kelahiran Algeria, Adel Abdessemed itu menggambarkan detik masa tambahan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 apabila Zidane menanduk pemain Itali, Marco Materazzi.

Sheikha al-Mayassa turut memaklumkan tujuan utama pemasangan semula arca tersebut adalah untuk memberi kesedaran awam berkenaan tekanan terhadap atlet dan kepentingan menangani isu kesihatan mental.

Nampak gayanya kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai!





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI