25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Astarghfirullah! Budak Lapan Tahun Cedera Dibelasah Lima Remaja Ketika Sedang Cuci Masjid

SEORANG budak lelaki lapan tahun dibuli sekumpulan remaja ketika dia sedang membersihkan kawasan mengambil wuduk di sebuah masjid di Jalan Andi Mangerangi, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

1488053

Insiden buli itu terhadap kanak-kanak malang itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum videonya tular di media sosial sejak Jumaat.

Bapa saudara kanak-kanak itu, Budi Setiawan berkata, ketika kejadian anak saudaranya itu sedang membersihkan tempat wuduk di pekarangan masjid selepas solat Jumaat.

Katanya, budak itu kemudian didatangi kumpulan remaja terbabit yang mengusiknya dengan meletakkan sabun pencuci tangan di kepalanya.

Insiden itu lantas membuatkan budak itu naik angin sebelum dia melemparkan sandal ke arah salah seorang daripada lima remaja tersebut ketika dia keluar dari tempat wuduk masjid.

“Selesai membersihkan sabun di kepala, anak saudara saya ambil sandal itu dan melemparkannya kepada salah seorang remaja tersebut yang menyebabkan pemuda itu berang dan melempar semula sandal tadi kepadanya,” cerita Budi seperti dipetik Tribun Timur.

Menurutnya, seperti rakaman CCTV, remaja berbaju putih itu kemudian dilihat mengejar dan membelasah budak kecil itu hingga dia tersungkur ke tanah.

Akibat selisih faham itu, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di kepala selain berasa trauma.

Polis Makassar dalam kenyataan pada Ahad mengesahkan kelima-lima remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu berjaya ditangkap.

“Tiga daripadanya pengganggur manakala dua lagi masih menuntut di sekolah menengah,” kata Ketua Polis Makassar, Iptu Muh Afhi Abrianto dalam keterangan pada Ahad.

Sumber: myteamnetwork.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI