29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Awal Kahwin Pernah Doa Taknak Anak.” – Akhirnya Lepas 8 Tahun Berikhtiar Baru Allah Kurniakan

‘Awal kahwin pernah doa tak nak anak.’ Akhirnya lepas 8 tahun berikhtiar baru Allah kurniakan cahaya mata.

Oleh sebab itu orang kata berhati-hati bila bercakap atau berdoa kerana Allah mendengar setiap apa yang kita minta.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pasti ingin menimang cahaya mata. Namun tak semua dikurniakan anak dengan cepat.

Awal Kahwin

Ada juga pasangan yang diuji lambat dapat anak. Malahan ada juga suami isteri yang bertahun-tahun kahwin dan berikhtiar hingga kini belum dikurniakan anak.

Benarlah soal anak ini Ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Begitu juga dengan pengalaman yang dikongsikan Dr Hazwan Shafiq ini pada awal perkahwinannya dulu.

@drhazwansyafiq Kisah kami 8 tahun berusaha untuk ada zuriat! Semoga jadi pemangkin semangat untuk kalian yang sedang berusaha. Never give up ya! 🔥 #ttc #fypシ ♬ You Are The Reason – Calum Scott

Pernah Doa Tak Nak Anak

Ikuti kisahnya sepanjang 8 tahun yang berusaha untuk dapatkan zuriat! Katanya, semoga perkongsiannya ini menjadi pemangkin semangat untuk kalian yang sedang berusaha. Never give up ya!

Jelasnya dia berkahwin pada tahun 2014, tahun pertama kahwin masing-asing sibuk dengan belajar. Tersilap sebut tak nak anak lagi.

Akhirnya Lepas 8 Tahun

‘Bila dah habis belajar , konon ready nak ada anak. Rupanya Allah dah makbulkan doa yang mula-mula. Tahun demi tahun belum ada rezeki anak.’

‘Tapi tetap berusaha! Dua kali wife gugur, sakit sangat tengok masa gugur dia tu. Sampai saya decide tak apalah tak ada anak pun. Tak sampai hati tengok wife sakit keguguran.

‘Lepas tu wife memang dah give up! Siap benarkan suami dia ni kahwin lain dah pun. Tapi kami decide untuk cuba berusaha juga! Pantang mengalah! Keep berdoa dan berusaha.’

Berikhtiar Baru Allah Kurniakan

Menerusi video yang sama, Dr Hazwan Shafiq ceritakan pengalamannya turun, naik jumpa pakar selama lapan tahun. Dua kali buat IVF di peringkat awal. Sentiasa berdoa dan berusaha.

Akhirnya selepas 8 tahun, dia dapat dukung dan cium zuriat sendiri. Alhamdulillah!

Dalam masa yang sama, Dr Hazwan Shafiq mengingatkan pasangan di luar sana yang baru berkahwin agar menjaga percakapan. Walaupun Allah lebih Mengetahui di sebalik apa yang terjadi, tetapi sentiasa beringat dalam berkata-kata.

Kredit: TikTok Dr Hazwan Shafiq

Sumber: www.kashoorga.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI