30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Awan Kopi – Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

Jika bercuti ke Johor dan mata mengantuk menandakan korang memerlukan secawan kopi untuk menyegarkan penglihatan — apa kata korang singgah ke Awan Kopi di Muar.

Awan Kopi Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

Terletak di Parit Amat, Jalan Abdul Rahman — kedai kopi hipster berkonsepkan anjung rumah kampung ini menawarkan minuman menggunakan biji kopi kampung yang digabungkan dengan bancuhan unik bagi menghasilkan kopi dengan rasa premium sesuai dengan citarasa anak muda masa kini.

Tetapi jangan risau meskipun begitu harga kopinya masih lagi murah dan berpatutan seperti di kampung.

1663059841 5 Awan Kopi Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

Kalau datang ke Awan Kopi ini korang wajib cuba ‘Kopi Yogurt’ mereka yang menyajikan rasa kopi menarik iaitu kombinasi rasa pahit dengan masam yang jarang didapati di tempat lain.

1663059841 502 Awan Kopi Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

Namun jika korang bukanlah penggemar kopi, jangan risau kerana Awan Kopi turut menawarkan menu lain yang boleh korang nikmati seperti teh hijau, teh ais dengan buih melimpah, kuih-muih serta pelbagai jenis pastri sedap yang lain.

1663059841 765 Awan Kopi Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

Selain daripada makanan dan minuman yang lazat — Awan Kopi juga merupakan port bergambar cantik untuk korang OOTD kerana menerapkan elemen klasik Melayu dalam sentuhan dekorasi dalamannya.

1663059841 322 Awan Kopi Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

1663059842 748 Awan Kopi Kafe Unik Di Anjung Rumah KampungAWAN KOPI

Alamat: No 799, Parit Amat Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor (Waze : Warung mak B )

No Tel: 011-2181 9854

Facebook: Awankopi

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI