26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Awas Pasangan Curang! Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri, Tips Agar Memperoleh Keluarga Yang Sakinah dan Mawaddah

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kehidupan dalam rumah tangga. Alam perkahwinan penuh cabaran dan halangan. Walaupun tidak semua pasangan mampu mengekalkan tali perkahwinan hingga ke hujung usia, tetapi setiap daripadanya pasti mempunyai harapan untuk membentuk kebahagiaan di dunia bersama. Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda, satu doa pengikat kasih sayang yang sangat baik untuk diamalkan.

Lemah pegangan agama dan pengaruh nafsu jadi punca curang

doa pengikat kasih sayang

Mutakhir ini, kes keruntuhan rumah tangga khususnya kes orang ketiga dalam perhubungan suami isteri sering tersebar luas di media sosial. Pasangan rasa dicurangi, dan ada juga yang sengaja mencurangi kerana nafsu semata. Isu seperti ini jangan dipandang enteng.

Menerusi kajian dari Perunding Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, berkata 10 dari 8 kes kecurangan ini bermula dari suami. Hanya dua kes yang menyebut mengenai kecurangan isteri. Fakta ini dijelaskan berdasarkan purata 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya.

Insan yang paling terkesan apabila berlakunya kes pasangan curang ini sudah tentunya isteri lebih-lebih lagi yang sudah bertahun hidup bersama dan mempunyai anak-anak. Biarpun suami menyembunyikan kecurangannya di belakang, pasti para isteri akan tahu juga baik cepat atau lambat. Naluri seorang wanita itu sangat teliti dan peka akan perubahan pasangannya.  Sebagai wanita, mereka mudah lemah apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.

Mustajab doa pengikat kasih sayang suami isteri

Al-Quran bukan sahaja panduan utama umat Islam tetapi juga mempunyai penawar dalam segala penyakit khususnya penyakit hati. Ikat kasih sayang suami isteri dengan doa pengikat kasih sayang yang diajarkan oleh seorang ustaz ini:

Allah SWT ada berfirman dalam Surah Ar-Ra’ad, ayat 31:

وَلَوْ اَنَّ قُرْاٰنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ اَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْاَرْضُ اَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتٰىۗ بَلْ لِّلّٰهِ الْاَمْرُ جَمِيْعًاۗ

Maksudnya: “Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah.”

Baca doa ini sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fadhu. Insha Allah, rumah tangga suami isteri akan lebih tenang dan memperoleh kebahagiaan.

Doakan pasangan & maafkan pasangan

doa pengikat kasih sayang

“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa bersama suamiku. Kau campakkan rasa kasih dan sayang ke dalam hati aku kepada pasanganku.”

Doakan sentiasa pasangan kita agar diberikan kelembutan hati dan ditetapkan semula hati yang berbolak balik dari tidak menyayangi kita. Mendoakan orang lain dalam keadaan orang yang didoakan tidak mengetahuinya akan mengembalikan semula pahala kepada kita. Malaikat turut mendoakan orang yang berusaha untuk mendoakan orang lain.

Ini jelas diceritakan dalam sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Tidak ada seorang hamba yang Muslim apabila berdoa untuk saudaranya (tanpa pengetahuannya), melainkan ada malaikat berkata kepadanya: Dan bagi kamu juga sepertinya (seperti yang didoakan).” – (Hadis Riwayat Muslim).

doa pengikat kasih sayang

Dalam masa yang sama, setiap malam sebelum tidur jangan lupa untuk memaafkan pasangan. Tidak kiralah sama ada pada hari itu pasangan ada melakukan kesalahan atau tidak kepada kita, maafkan sahaja dengan seikhlas hati.

Jauhi sifat dendam dan menyimpan perasaan tidak puas hati kepada perbuatan atau kesalahan pasangan. Hal ini untuk elakkan kita daripada menjadi seorang yang pendendam. Demi rumah tangga, maafkanlah pasangan dan melupakan apa yang berlaku. Perkataan maaf inilah yang meleraikan dan melembutkan hati pasangan.

Ungkapan ini memang nampak mudah, tetapi pada hakikat sangat sukar dilakukan kerana ia memberi kesan sepenuhnya kepada hati. Dalam rumah tangga, kita bukannya hidup seorang diri tetapi perlu menjaga hati orang lain juga. Tiada pasangan yang sempurna, tetapi capailah matlamat menjadi pasangan yang mententeramkan jiwa.

Bila kita rasa sukar untuk memulakan sesuatu yang baik, sentiasa ingat bahawa masa yang dipinjamkan kepada kita tidak lama. Allah boleh menarik semula pinjaman ini pada bila-bila masa sama ada dalam keadaan kita bersedia atau tidak. Oleh yang demikian, hargai selagi masih ada.

Sumber: Facebook Bengkel Rezeki

Sumber: majalahilmu.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI