30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Ayah ambil gambar anak dengan ‘Lambo’, sekali owner ajak naik kereta

Tidak semua individu berkemampuan bagi memiliki apa yang diimpikan. Tapi kadang-kala dengan menumpang rezeki orang lain, sudah cukup berjaya membuatkan mereka gembira.

Baru-baru ini, tular satu video TikTok memaparkan seorang bapa merakam gambar anak lelakinya bersama sebuah kereta mewah jenis Lamborghini yang diletakkan di tempat parkir.

Akaun TikTok ‘Lambo Boss Vincent Poh’ yang juga pemilik kenderaan itu sempat merakam momen tersebut sebelum mendekati serta menegur anak beranak berkenaan.

@lambobossvincentpoh_cdj

Respect this dad 🫡 #lamboboss #cdj #fyp #malaysiatiktok

♬ original sound – Lambo Boss Vincent Poh|CDJ – Lambo Boss Vincent Poh|CDJ

Lebih menarik perhatian apabila Vincent tidak mempersoalkan tindakan bergambar dengan Lamborghini kuning itu, sebaliknya mengajak kanak-kanak lelaki tersebut masuk ke dalam keretanya.

Menerusi video berdurasi 34 saat yang dikongsi, si bapa kemudian sekali lagi merakam gambar anaknya yang dilihat gembira berada dalam kereta sambil diperhatikan Vincent.

Dalam masa sama, Vincent yang dipercayai seorang ahli perniagaan dan pengasas syarikat hartanah turut merakam gambar bersama kanak-kanak itu sebagai kenangan.

Screenshot 2022 09 20 at 1.30.50 AM

Video berkenaan meraih 6.3 juta tontonan sejak dimuat naik dua hari lalu, selain 14,400 reaksi orang ramai mengenai sikap baik hati ditunjukkan Vincent terhadap orang sekeliling.

Rata-rata netizen memuji tindakan usahawan terbabit yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kanak-kanak itu dalam meraih kejayaan pada masa akan datang.

Screenshot 2022 09 20 at 1.31.18 AM

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.26 AM

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.27 AM

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.28 AM 1

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.28 AM

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.29 AM 1

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.29 AM

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.21.30 AM

Sumber: TikTok @lambobossvincentpoh_cdj

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI