26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Ayda Jebat sedih dibenci, tapi bersyukur ramai yang suka ‘Betta Fish’ dalam TMSM3

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat telah dinobatkan sebagai juara dalam program nyanyian misteri The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Dia yang memakai kostum Betta Fish dilihat gembira selepas membuka topeng di hadapan juri dan juga pengacara program berkenaan, Dato’ AC Mizal.

Walau bagaimanapun, perkongsian Ayda jebat di media sosialnya terlihat sedikit sedih apabila dia memuat naik cara-cara dia menyarung kostum Betta Fish.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah kapsyen yang ditinggalkan dengan mengatakan ramai suka akan Betta Fish tetapi benci Ayda Jebat.

@aydajebat

Hi… sayang Betta Fish kan? Benci Ayda Jebat takpe. 🥹 #AydaJebat #BettaFish #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMalaysia3

♬ Get You The Moon – Kina

Dihujung video tersebut, dapat dilihat yang penyanyi lagu Pencuri Hati itu menangis sambil tersenyum mungkin kerana tersentuh dengan penerimaan orang ramai terhadap persembahan Betta Fish tanpa mengetahui siapa disebalik kostum tersebut.

Walau bagaimanapun, suami kepada Ayda iaitu pengacara TV, Nabil Mahir telah mengucapkan tahniah kepada isteri tercinta kerana berjaya sehingga ke tahap itu.

Kemenangan dalam TMSM3 sememangnya sesuatu yang membanggakan walaupun dia tahu isterinya mempunyai ramai haters.

Nabil menyatakan walau apa jua terjadi, pelakon drama Rindu Awak 200% itu akan terus mendapat sokongan daripada keluarga dan teman-teman terdekat.

Menjengah ke ruangan komen di TikTok milik Ayda, ramai yang turut sebak dengan kapsyen yang disertakan penyanyi itu kerana tahu perjuangannya di dalam industri seni Tanah Air.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada selebriti kelahiran Melaka itu untuk terus maju ke hadapan tanpa memikirkan kata-kata negatif netizen yang sebelum ini membencinya.

 

IMG 0520

IMG 0521

IMG 0522

IMG 0523

 

Sumber: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir Astro Gempak, TikTok Ayda Jebat

 


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI