23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Azhar Sulaiman tak kisah Leona hidup bermadu, asalkan tak kecoh 1 Malaysia

Pelakon veteran, Azhar Sulaiman memberitahu dia tidak kisah sekiranya anak perempuannya, Kasih Iris Leona ditakdirkan hidup bermadu suatu hari nanti.

Aktor berusia 52 tahun itu berkata demikian apabila terdapat segelintir pihak mengatakan anaknya yang mesra disapa sebagai Leona bakal menjadi isteri kedua mahupun ketiga.

Pun begitu, pemilik nama Hairi Azhar Sulaiman tidak mudah melatah apabila netizen mengaitkan anak perempuannya sebagai ‘madu’ kepada orang lain asalkan lelaki berkenaan sepadan dengan syarat ditetapkan.

Menerusi hantaran dibuat di laman Instagram miliknya, Azhar menyenaraikan beberapa syarat buat bakal suami Leona sekiranya mahu menyunting anaknya sebagai suri hati.

7peO1rTT azhar2

Dalam entri berkenaan, Azhar mengatakan dia seorang yang sangat mudah dan terbuka menerima sesiapa sahaja menjadi calon suami anaknya, asalkan memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh.

“Resmi Mami (Azhar) senang. Terima sesiapa sahaja asalkan ada Degree dalam pelajaran,”tulisnya.

Screenshot 2023 01 20 at 3.33.28 PM

Selain itu, Azhar menegaskan calon suaminya anaknya itu mestilah pandai hormat dan menjaga maruah keluarga sekiranya lelaki berkenaan sudah pun berkahwin dengan wanita lain sebelum anaknya.

Malah, Azhar yang terkenal dengan gelaran ‘bapa cool’ itu mengatakan mereka haruslah menjaga nama baik tanpa mencanang segala keburukan sehingga diketahui satu Malaysia memandangkan Leona juga seorang pempengaruh media sosial.

“Pastikan hormat dan jaga maruah anak saya, keluarga kalau calon sudah berkahwin.
“Bijak menguruskan hubungan dan jangan sampai kecoh satu Malaysia,”titipnya.

Dalam pada itu, Azhar memberitahu dia akur dengan segala ketentuan takdir yang ditetapkan oleh Allah S.W.T mengenai urusan jodoh Leona.

Sementara itu, pelakon filem Black Maria itu mendedahkan Leona suka akan lelaki berbangsa cina.

Screenshot 2023 01 20 at 3.41.36 PM

Sumber: Instagram @azharbsulaiman

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI