27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Babak hamun Shukri Yahaya tular, Puteri Sarah dedah ‘scene’ dibuat pada hari fail cerai

Drama bersiri adaptasi novel yang paling ditunggu, Andai Itu Takdirnya sudahpun ditayangkan di saluran Astro. Gandingan mantap pelakon hebat, Shukri Yahaya dan Hannah Delisha benar-benar menjadi dan ramai yang berpuas hati dengan lakonan mereka.

Namun, watak Puteri Sarah Liyana yang memegang watak Umairah turut menjadi perhatian lebih-lebih lagi dia menjadi rakan kepada Hannah yang merupakan watak utama.

Potongan babak Umairah memarahi Syed Azril telah tular di media sosial kerana ramai yang merasakan ia seperti luahan amarah Puteri Sarah dengan apa yang berlaku ketika ini.

Puas betul tengok PS bawak watak umi ni dia punya marah tu sampai btl. tgn tu main peranan 🤣 #andaiitutakdirnya pic.twitter.com/RE96Wn92nQ

— 🌻 (@Fieyy97) March 16, 2023

Ramai yang berpendapat bahawa sedutan dari episod tersebut betul-betul ‘sampai’ kepada penonton lebih-lebih lagi gerakan badan menjadikan babak berkenaan cukup ‘real’.

Puteri Sarah turut berkongsi video tersebut di Instagram dengan menulis kapsyen ‘Umairah on faiyahh!!!’ beserta ucapan terima kasih kepada penulis novel dan skrip serta produksi drama yang memberikannya peluang berlakon dalam drama tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa’ seram’  jika menjadi Shukri kerana dihamun dengan begitu ‘dasyat’ oleh seorang wanita.

Pelakon Idzham Ismail yang memegang watak Ikram turut menyatakan yang dia hampir ‘hangus’ ketika berada di sebelah Umairah sewaktu memarahi Syed Azril.

IMG 1242

IMG 1241

IMG 1239

Menerusi komen, pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu mengatakan yang babak tersebut dibuat secara ‘one take’ dan kebetulan pada hari dia menfailkan penceraian tempoh hari.

IMG 1240

Drama Andai Itu Takdirnya telah mula bersiaran pada 6 Mac 2023 di Astro Ria. Difahamkan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini mempunyai 60 episod dan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama berkenaan adalah Hannah Delisha (Aliya), Shukri Yahaya (Syed Azril), Idzham Ismail, Puteri Sarah dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Puteri Sarah, Twitter NanieyZakuan


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI