23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Babak panas filem Pulau, kalau rasa tak suka jangan tengok – Amelia Henderson

Sama seperti Alif Satar, pelakon Amelia Henderson menjelaskan dia tidak terbabit dengan babak kontroversi dalam filem Pulau yang didakwa terdapat adegan kurang sesuai untuk ditonton.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Amelia Thripura Henderson itu bagaimanapun bercerita tentang watak dijayakan menerusi filem bergenre seram itu.

“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.

Apabila ditanya sekiranya dia mengetahui tentang babak panas itu, Amelia berkata dia hanya memberi fokus terhadap watak dan jalan cerita supaya dapat dilakonkan dengan sepenuh jiwa.

“Saya fokus pada watak dan jalan cerita watak saya saja.
“Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” ujar pelakon berusia 27 tahun itu.

Terdahulu, trailer filem arahan Euho itu mendapat bantahan ramai netizen di media sosial sehingga menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula sebelum ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Selain Alif dan Amelia, ia turut menampilkan pelakon Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Pui Yi dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI