26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Baby Hippo, Jaguh Kini Berusia 2 Bulan, Jom Jumpa Jaguh di Lost World Of Tambun

Musim-musim nak cuti sekolah ni, bukan sahaja banyak menerima jemputan majlis perkahwinan saudara mara dan sahabat handai, malah tak kurang hebatnya dengan jemputan Majlis Berendoi Baby Hippo di Lost World of Tambun.

Gimik yang diadaptasi ke majlis sebenar dihadiri kira-kira 50 orang tetamu untuk meraikan anak badak yang diberi nama Jaguh. Kemunculan Jaguh buat pertama kali hari ini sempena meraikannya dalam majlis berendoi yang berkonsepkan tradisional Melayu di mana terdapat replika buaian yang diletakkan dengan sebagai simbolik adat majlis berendoi.
Jaguh yang kini berusia dua bulan merupakan anak kepada pasangan Jiwang dan Juwita iaitu spesies badak air Afrika yang juga menjadi fenomena suatu ketika dahulu apabila diraikan dalam satu majlis perkahwinan “Wedding Of The Year” pada April tahun lalu di Lost World of Tambun.

WhatsApp Image 2022 09 02 at 10.56.21 AM 1
Seperti manusia, badak air juga memerlukan tempoh berpantang, di mana ketika ini Jiwang dipisahkan buat sementara waktu sehingga tempoh ‘suai kenal’ Juwita bersama anaknya tamat. Ini juga bagi melindungi anak kepada pasangan badak air tersebut dari dicederakan oleh Jiwang, kerana dia mampu mencederakan anaknya sendiri ketika fasa ini.

WhatsApp Image 2022 09 02 at 10.56.20 AM

Menariknya, tetamu disajikan dengan menu hebat antaranya Mee Kari, Daging Bakar Sambal Kerisik, Udang Masak Lemak Cili Padi dengan Nenas, Ayam Masak Madu, Ikan Susu Ala Glamping, Kacang Panjang Goreng Udang Kering dan Sago Gula Melaka. Tidak ketinggalan, Lost World White Coffee yang menjadi ‘trademark’ jika ke sini.

WhatsApp Image 2022 09 02 at 10.56.20 AM 2 WhatsApp Image 2022 09 02 at 10.56.21 AM

Musim cuti sekolah ini apa kata singgah berkenalan dengan Si Jaguh yang lincah dan pastinya mencuti hati anak-anak. Jom cuti sekolah di Lost World Of Tambun!

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI