25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Baby Shima tak puas hati, perli PU Syed? – “Konsert kat Kelantan senyap pula”

Penyanyi dangdut, Baby Shima mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang tidak membantah berhubung penganjuran sebuah konsert hiburan di Kelantan baru-baru ini.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, dia seolah-olah hairan golongan ustaz dan ustazah seperti berdiam diri berbanding lantang bersuara sebelum ini.

b2

Menerusi InstaStory, penyanyi berusia 30 tahun itu memuat naik beberapa luahan termasuk tangkap layar teguran daripada Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sebelum ini.

b5

Difahamkan, UMMAH pernah menggesa supaya tindakan diambil terhadap Shima mengenai aksi persembahan nyanyian dan berpakaian yang dikatakan mencolok mata.

b1

b4

b6

Sementara itu, Shima turut berkongsi tangkap layar memaparkan kenyataan pendakwah bebas PU Syed di laman Facebook yang pernah menegur tentang konsertnya bulan lalu.

Menurut penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu, situasi tersebut adalah tidak adil bagi dirinya kerana konsert-konsert lain juga sepatutnya disuarakan oleh golongan pendakwah.

b7

“Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke. Bagitau kat penguasa, PBT, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak.
“Konsert kat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert haram.. amboi isu terpilih je ke berani,” tulisnya.

b8

b11

Terdahulu, PU Syed menegur usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang menampilkan Baby Shima dalam lagu berjudul Baby Sayang dengan aksi tarian didakwa kurang sopan.

Sumber: Instagram Baby Shima

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI