24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Baby Shima tunjuk IC, dah jadi warga Indonesia? Netizen tak kisah! – “Ambil la dia”

Meskipun hanya melakukan hal sendiri, penyanyi sensasi Baby Shima dilihat seperti tidak lekang daripada menerima kecaman orang ramai.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, dia sekali lagi dikecam apabila memaklumkan dia sudah mempunyai kad pengenalan (KTP) Indonesia.

“Ya, Shima sudah jadi orang Indonesia. Shima punya kad pengenalan,” kata pemilik nama Nor Ashima Ramli ketika muncul dalam sebuah program di negara tersebut baru-baru ini.

Disebabkan tular rakaman pengakuan itu, segelintir netizen seolah-olah menyambut baik selain tidak mengambil kisah sekiranya pendedahan tersebut adalah benar.

“Ambil terus (Shima) dan tolong tinggal di sana sahaja. Eloklah, kami dah lama tak nak dia. Jujurkan lebih baik.
“Kerakyatan boleh ada satu sahaja, kan? Macam mana dia boleh ada KTP sana?,” itu antara komen diberikan netizen.

Namun difahamkan, penyanyi berusia 30 tahun itu hanya bergurau semata-mata kerana KTP ditunjukkan adalah Kad Tanda Pahlawan (KTP) Orang Baik Indonesia yang dihasilkan sendiri.

“Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke Indonesia… tapi bila fikirkan semula, bagaimana ya? Susah tak?
“Di Malaysia sahaja sering disakiti, apa lagi di Indonesia. Jadi, saya sudah terbiasa dan tak kisah,” kongsinya.

Selain itu, penyanyi lagu Bang Jamal itu sempat membuat sindiran kepada individu yang sering mengecam menganggap golongan terbabit tidak bekerja kerana mempunyai banyak masa terluang.

“Korang kena faham, si pemaki tu seorang penganggur sebab tu dia selalu ada dan maki orang. Orang menganggur kan selalu marah-marah. Kesian. Nak kerja dengan Shima tak? Cuci jamban,” tulisnya.

Sumber: mStar Online , YouTube TRANS TV Official , Instagram Baby Shima



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI