28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Bagai Syurga Di Tepi Laut” – Parkroyal Resort Langkawi Mula Terima Tetamu 15 Feb Ini

Jika bercuti ke pulau peranginan Langkawi di Kedah dan anda dah takde idea nak menginap di mana — mungkin anda boleh cuba sebuah resort yang baru beroperasi di sana.

Resort terbaharu itu diberi nama Parkroyal Langkawi Resort yang bakal membuka pintunya kepada para pelancong menjelang 15 Februari 2023 ini.

Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

1674709038 304 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

Apa yang pasti menginap di Parkroyal Langkawi Resort ini bakal membuatkan anda menikmati sebuah percutian ibarat syurga di tepi laut.

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, resort tersebut merupakan destinasi ideal percutian tepi laut yang mewah, romantik serta sesuai untuk seisi keluarga.

Berikut kami kongsikan beberapa tarikan yang perlu anda tahu.

HIDANGAN LAZAT DI RESTORAN 

1674709039 574 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

Cassia merupakan tempat makan sepanjang hari yang mempamerkan kulinari masakan tempatan dan antarabangsa.

Restoran moden ini memenuhi keperluan tetamu yang lebih suka berehat sambil menikmati hidangan lazat dengan pemandangan yang luar biasa.

Lancava pula fokus dalam menyajikan makanan laut dengan pengaruh Asia Tenggara, menggunakan herba segar dan aromatik dari taman yang dibina di hotel tersebut.

HIBURAN SAMBIL BERSANTAI DI TEPI LAUT 

1674709039 51 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

Para tetamu yang suka akan suasana tropika boleh menuju ke Ocean View Lounge yang mempunyai pemandangan lautan yang menyeluruh.

Ruang rehat tersebut menawarkan waktu riang harian, acara bertema seperti ‘Fiery Friday’ dan ‘Sunday Funday’, serta pelbagai aktiviti di pantai dan kolam renang, seperti DJ dan hiburan pancaragam secara langsung.

FASILITI UNTUK REHATKAN BADAN DAN MINDA 

1674709040 88 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

Selain itu, para tetamu boleh memanjakan diri mereka di Suasana Spa yang menawarkan urutan badan, rawatan muka, rawatan spa serta pelbagai rawatan kecantikan.

Mulai sekarang hingga 28 Februari 2023, Parkroyal Langkawi Resort akan mengadakan tawaran pra-pembukaan untuk semua tetamu yang ingin merasai pengalaman bercuti di pulau peranginan itu.

PROMOSI MENARIK SEMPENA PRA-PEMBUKAAN 

1674709040 273 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

Tetamu yang menempah dalam tempoh promosi akan mendapat tawaran istimewa seperti berikut:

1. Diskaun 15 peratus daripada Kadar Terbaik (BAR) Bufet sarapan pagi harian untuk dua orang dewasa.

2. Mocktail atau koktel percuma untuk dua orang daripada menu minuman pilihan khas di Ocean View Lounge.

3. Diskaun 20 peratus untuk sebarang rawatan a-la-carte di Suasana Spa dan akses percuma ke Jungle Camp Kids Club.

4. Tambahan 10 peratus diskaun BAR untuk ahli Pan Pacific Discovery, dijamin daftar keluar lewat pada jam 3 petang, hadiah alu-aluan dan banyak lagi.

1674709040 577 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi Mula

Bersedia untuk menjadi resort pilihan utama di The Isle of Legends — Parkroyal Langkawi menawarkan enam jenis bilik, lapan jenis suite, dan tujuh vila yang luas dan eksklusif dengan kemudahan yang unik.

1674709040 752 Bagai Syurga Di Tepi Laut Parkroyal Resort Langkawi MulaSumber: Mstar & Kredit Gambar: Heart Patrick 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI