30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Bagaimana Selipar ‘Jepun’ Tat Sing Beri Ilham Kepada Rekaan Jenama Selipar Seluruh Dunia

Inovasi merupakan sebuah satu seni yang kreatif. Bukan hasil karya yang diciplak akan tetapi sesuatu karya itu menjadi rujukan untuk menghasilkan karya seni yang baharu.

Begitu juga dengan rekaan selipar Tat Sing atau mesra disebut sebagai selipar Jepun yang sebenarnya ditiru dan diinspirasikan dengan rekaan selipar Zori. Untuk pengetahuan, selipar Zori diperbuat daripada jerami padi atau dalam bahasa Jepun disebut tatami.

cropd1

Mahu Bantu Usahawan Tempatan, REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMallBagaimanakah rekaan selipar Tat Sing ini boleh dikaitkan dengan peniruan selipar Zori? Semuanya bermula pada awal 1930an di mana ketika itu Tanah Melayu sudahpun mempunyai kilang pembuatan kasut getah yang diusahakan oleh orang Cina dan estet pokok getah.

Industri kasut getah dilihat semakin rancak sejak munculnya kilang syarikat kasut Bata pada tahun 1937 setelah dua orang usahawan Cina telah mendapat bimbingan syarikat berkenaan dan kilang kasut Bata terbina pada tahun yang sama di Klang, Selangor.

Selipar Zori diubah suai di Tanah MelayuNamun industri ini terpaksa dihentikan apabila Jepun menjajah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua pada awal 1940an. Jepun mangambil alih dan menukarkan nama kilang dan estet sebagai Shonan Gomu Kumiai (Shonan Rubber Association) iaitu kilang yang menghasilkan peralatan ketenteraan Jepun berasaskan getah.

Memetik laporan halaman New Straits Times, pada zaman jajahan Jepun ini, tentera Jepun telah membawa masuk budaya pemakaian selipar Zori ke Tanah Melayu. Kos penghasilannya agak mahal dan untuk kurangkan kosnya, tentera Jepun telah mengubah suai selipar Zori dengan menjadikan tayar terbuang sebagai tapaknya. Berikutan itu, seluruh warga Tanah Melayu menggelarkannya sebagai ‘selipar Jepun’.

Selipar Zori dijadikan alat penyeksaan banduan

Selipar ini bukan sahaja dipakai malah ia turut dijadikan alat penyeksaan ‘banduan’ di Tanah Melayu. Difahamkan, Tentera Jepun menampar muka para banduan dengan menggunakan selipar ini. Lebih kejam, ada juga yang dipaksa menggigit selipar ini sehingga gigi mereka berdarah dan patah.

Selepas Jepun tewas, terma selipar Jepun masih kekal di ingatan dan menjadi satu ‘tamparan emosi’ di kalangan rakyat di Tanah Melayu. Sebaliknya, para pengeluar kasut getah mula melihat bahawa selipar Jepun ini ada potensi untuk pasaran memandangkan ianya tahan lasak, senang disarung dan kos penghasilan yang murah.

Terma selipar Jepun memberikan kesan emosi

BeFunky collage 4 1

Selipar Tat Sing yang pernah dijual pada harga sekitar RM4.00 ke RM6.00.

Lantaran itu, wujudnya kilang selipar Jepun pertama di Malaysia pada tahun 1972 iaitu kilang Tat Sing Rubber Industries. Difahamkan selipar Jepun keluaran Tat Sing ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Tapaknya yang keras dan tahan geseran menyebabkan pemakainya tidak mudah tergelincir.

Selipar ini juga digelar sebagai selipar ‘humble’ kerana rekaannya yang simple sambil menggamitkan vibe nostalgia kepada pemakainya. Kini selipar Jepun Tat Sing menjadi rujukan seni bagi rekaan selipar di seluruh dunia. Dapat dilihat kebanyakkan jenama kasut terkenal telah meniru rekaan selipar ini termasuk Havaianas dan Hermes.

havaianas mastermind japan collaboration1

Selipar Havaianas yang berharga sekitar RM109. Sumber: Havaianas

70339775 2419876838284157 1796296872424374272 n

Di sebalik peristiwa hitam wujudnya sinar baharu. Tanpa kedatangan Tentera Jepun ke Tanah Melayu, tiadalah selipar Tat Sing. Pastinya menggamit memori bagi sesetengah kita yang pernah memakainya sebelum hadirnya ‘selipar Jepun’ jenis getah lembut misalnya selipar ‘Fipper‘ hari ini.

Sumber: myteamnetwork.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI